Permohonan Perkhidmatan Pengendalian Taska KPM


Tawaran Perkhidmatan Pengendalian Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini dibuka.

Semua Pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) adalah dijemput untuk menyertai kursus perkhidmatan ini.

Tarikh Permohonan Dibuka:


Permohonan dibuka mulai 22 September 2022 sehingga 31 Oktober 2022.

Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Kunjungi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat berikut:

Aras 3, Blok E12,  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kompleks E, 62604 Putrajaya.

Langkah 2: Kemukakan semua dokumen yang diperlukan dan hantar terus ke alamat :

  • Urus Setia Jawatankuasa Pemilihan TASKA KPM,UNIT PENTADBIRAN
    CAWANGAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
    BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
    ARAS 8, BLOK E8, KOMPLEKS E, 
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 
    62604 PUTRAJAYA

Dokumen Sokongan:

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dibawa bersama:

  1. 1 Gambar Latar belakang TASKA.
  2. 1 Salinan Latar belakang pendidikan majikan dan pekerja TASKA.
  3. 1 Salinan Sijil-sijil pendaftaran TASKA daripada JKM, SSM / ROS.
  4. 1 Salinan Sijil menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM.
  5. 1 Salinan Maklumat suntikan Typhoid untuk pengendali makanan.
  6. Mengemukakan modul aktiviti dan pembelajaran termasuk jadual aktiviti harian dan makan minum kanak-kanak.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3