Program Al-Syahadah Al-Uhya Ulul Albab adalah sekolah yang menggabungkan Kurikulum Kebangsaan aliran tahfiz sains dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan Kitab Turath untuk murif tahfiz pada peringkat menengah atas.
Permohonan bagi kemasukan program Al-Syahadah Al-Uhya Ulul Albab untuk pelajar Tingkatan 4 kini dibuka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa murid lepasan Tingkatan 3 Tahun 2021 untuk memohon program ini.
Baca juga:
- Pengeluaran Khas KWSP RM10K : Permohonan Online & Tarikh Bayaran
- Semakan BKM Bujang 2022 – Tarikh Rasmi Bayaran Fasa 1 Bulan Mac
Tarikh Permohonan:
Permohonan dibuka mulai 14 Mac hingga 21 Mac 2022.
Syarat Kelayakan:
Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:
Syarat 1: Warganegara Malaysia.
Syarat 2: Murid yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) KPM dari sekolah-sekolah kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah-sekolah Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Yayasan Negeri dan sekolah-sekolah swasta yang berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Swasta atau Pihak Berkuasa agama Negeri (PBAN).
Syarat 3: Pemilihan calon akan dinilai berdasarkan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (Ppsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kesihatan (PAJSK).
Syarat 4: Calon telah menguasai hafazan al-Quran sekurang-kurangnya 15 juzuk yang diperakukan oleh pihak sekolah.
Syarat 5: Mempunyai tubuh badan yang sihat untuk mengikuti pengajian ini sepenuhnya sehingga tamat Tingkatan Lima.
Dokumen Yang Diperlukan:
Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan:
- 1 Salinan keputusan akhir Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) atau peperiksaan pertengahan/akhir tahun 2021 yang telah disahkan; dan
- 1 Buku rekod hafazan al-Quran yang telah disahkan oleh pihak sekolah.
Cara Memohon:
Berikut adalah antara cara untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang PERMOHONAN KEMASUKAN AL-SYAHADAH.
Langkah 2: Masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan.
Langkah 3: Klik permohonan baharu.
Langkah 4: Lengkapkan maklumat sehingga selesai.
Borang Permohonan:
Berikut adalah borang permohonan:
PEMBERITAHUAN PERMOHONAN KEMASUKAN AL-SYAHADAH
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KPM atau hubungi di talian +603-8000 8000.