Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak 12 Tahun, Cara Mohon Secara Online JPN

Home » Portal Rasmi » Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak 12 Tahun, Cara Mohon Secara Online JPN

 Cara Mohon Secara Online JPN, Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak 12 Tahun 2021

Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun yang bertaraf  Warganegara adalah wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.

Kami dari  Portal Malaysia ingin berkongsi info berkaitan syarat serta cara membuat permohonan MyKad kanak-kanak berumur 12 tahun seperti yang dikongsikan ini.

Baca Juga: eKasih 2021: Daftar & Semak Status Bantuan Kemiskinan Online

SYARAT PERMOHONAN MYKAD KANAK-KANAK 12 TAHUN

Syarat permohonan untuk MyKad Kanak-Kanak 12 tahun secara online adalah seperti dibawah:

  • Pemohon hendaklah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
  • Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur anda iaitu:
    – Ibu atau Bapa; atau
    – Penjaga (Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun ke atas).
  • Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi penuh dengan lengkap.
  • Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan kepada anda.
  • Sekiranya penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.

CARA MOHON MYKAD KANAK-KANAK 12 TAHUN SECARA ONLINE

Untuk membuat permohonan MyKad Kanak-Kanak 12 tahun secara online, anda hanya perlu:

  • Permohonan MyKad Kanak-Kanak Berumur 12 Tahun Secara Online. Ini Caranya
  • Klik LOG MASUK/LOGIN untuk meneruskan permohonan anda.

  • Permohonan MyKad Kanak-Kanak Berumur 12 Tahun Secara Online. Ini Caranya
  • Masuk dengan menggunakan ID dan PASSWORD yang telah anda daftarkan.
  • Isikan maklumat dengan lengkap.
  • Klik HANTAR untuk mengantar permohonan anda.
  • CETAK borang permohonan yang telah lengkap.
  • Bawa salinan permohonan ke kaunter JPN yang terdekat untuk proses seterusnya.

DOKUMEN SOKONGAN

Anda perlu mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti dibawah:

1. DOKUMEN PEMOHON (ASAL)

  • Sijil Kelahiran /Sijil Anak Angkat/ Sijil Warganegara /Pengesahan Taraf Warganegara atau Borang Warganegara atau Lampiran A (JAKOA).
  • Pasport bagi pemohon yang menetap di luar negara.

2. DOKUMEN PENGANJUR (ASAL)

  • Kad Pengenalan Penganjur (Ibu/Bapa Atau Penjaga)
  • Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan, anda perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.
  • Pasport negara asal penganjur bagi yang Bukan Warganegara Malaysia.

3. DOKUMEN SOKONGAN

  • Sekiranya alamat tidak selaras dengan alamat penganjur anda perlukan dokumen sokongan dibawah:
    • Anda perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (PASTIKAN ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

BAYARAN PERMOHONAN

Lihat jadual berikut untuk bayaran yang dikenakan sekiranya membuat permohonan MyKad Kanak-Kanak 12 tahun secara online:

Baca juga: Diskaun Saman Trafik Sehingga 50% Bermula 18 Jun – 18 Julai 2021 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan & maklumat permohonan MyKad Kanak-Kanak 12 tahun secara online boleh hubungi:

1MOCC: 03-8000 8000
PRO JPN: 03-8880 7077 atau
Emel: [email protected]

Penafian – Bahan yang portalamalaysia kongsikan diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak 12 Tahun, Cara Mohon Secara Online JPN” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!