Permohonan I-Suri RM480 | Bantuan Borang Permohonan


Tahukah anda suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum kepada KWSP dengan insentif istimewa di bawah i-Suri. Ini bagi menjamin kesejahteraan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Terdapat banyak manfaat i-suri KWSP bagi mereka yang mencarum.

Berikut adalah syarat kelayakan, faedah dan cara memohon untuk permohonan i-Suri RM480.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Cara Daftar i-Suri KWSP


Pendaftaran boleh dibuat dengan pergi ke cawangan KWSP berhampiran anda dengan membawa bersama borang permohonan yang dimuat turun melalui pautan berikut:

Permohonan bantuan i-suri

Faedah i-Suri


Berikut adalah kelebihan i-Suri KWSP:

  • Dapat insentif daripada kerajaan minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 ​​setahun.
  • Terima dividen tahunan KWSP
  • Manfaat Kematian: RM2500

Insentif kerajaan hanya akan dibayar apabila anda memenuhi syarat berikut:


  • Isteri Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah mendaftar di E-Kasih: ATAU
  • KIR wanita balu, belum berkahwin atau bercerai berdaftar dalam eKasih.
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke dalam akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.

Syarat Kelayakan


Berikut adalah syarat kelayakan untuk pendaftaran i-Suri KWSP:

  • Warganegara Malaysia
  • Suri rumah berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Negara (eKasih) setakat 30 November 2019.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke akaun KWSP
  • Isteri Ketua Rumah (KIR/Wanita (KIR)
  • Belum mencapai umur 60 tahun

Insentif Skim i-Suri

Cara Pembayaran


Berikut ialah cara membuat pembayaran ke dalam akaun i-Suri:

  • Tunai atau cek di kaunter pembayaran KWSP.
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB, PBB, RHB dan BSN)
  • Pemindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik oleh MBB atau PBB

Nota Tambahan


KWSP akan menuntut caruman kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang caruman akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam ahli Akaun 1 (Akaun Persaraan) dan Akaun 2.

Untuk maklumat lanjut mengenai i-Suri KWSP anda boleh layari laman web www.kwsp.gov.my/




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3