Permohonan Dana Pemfailan Harta Intelek IP 2.0


Kerajaan menyediakan program Dana IP2.0 bagi menggalakkan inovasi dan menggalakkan pemfailan harta Intelek dalam kalangan rakyat Malaysia. Program Dana IP 2.0 juga merupakan geran pembiayaan pemfailan harta intelek.

Tujuan ianya diwujudkan adalah untuk meningkatkan daya saing usahawan tempatan dengan memberikan perlindungan harta intelek seterusnya merangsangkan ekonomi negara.

Baca juga:

Tarikh Permohonan:

Permohonan dibuka mulai dari Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022.

Jenis Harta Intelek:

Berikut merupakan jenis-jenis harta intelek:

 

  • Harta Intelek Cap Dagangan.
  • Harta Intelek Paten/Perbaharuan Utiliti (UI).
  • Harta Intelek Reka Bentuk Perindustrian.
  • Harta Intelek Hak Cipta.
  • Harta Intelek Petunjuk Geografi.

Kreteria Pemohon:

Permohonan terbuka kepada:

  1. Permohonan Individu.
  2. Permohonan Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)/Syarikat Milikan Tunggal/Perkongsian.
  3. Permohonan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Agensi/Kementerian.
  4. Permohonan Pelajar Kolej/Institusi Kemahiran/Politeknik/Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dan setaraf.
  5. Permohonan Pelajar Sekolah Rendah / Menengah (Permohonan adalah di bawah nama pihak sekolah).

Syarat Kelayakan:

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk memohon:

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur 18 dan ke atas.
  3. Pemohon hanya layak memohon 1 dana sahaja.

Cara Permohonan:

Berikut merupakan kaedah dan cara memohon:

1) Secara Online

Langkah 1: Layari pautan BORANG PERMOHONAN DANA IP 2.0

Langkah 2: Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.

Langkah 3: Muat naik dokumen yang diperlukan.

Langkah 4: Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

2) Secara Manual

Langkah 1: Muat turun borang permohonan mengikut harta intelek yang ditetapkan:

a) Borang Cap Dagangan:

b) Borang  Paten/Perbaharuan Utiliti (UI):

c) Borang Hak Cipta:

d) Borang  Reka Bentuk Perindustrian:

Langkah 2: Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.

Langkah 3: Hantar borang permohonan yang lengkap diisi kepada alamat berikut:

Urus Setia Dana Pemfailan Harta Intelek (Dana IP 2.0)
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
Aras 12, Tower B, Menara UOA Bangsar
No. 5, Jalan Bangsar Utama 1
59000 Kuala Lumpur

Langkah 4:  Pemohon boleh menghantar borang permohonan ke Pejabat Cawangan MyIPO yang berdekatan.


Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2299 8560 /8589 /8526 atau email ke [email protected]

Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini hanyalah tutorial dan rujukan yang berkaitan dengan “Permohonan Dana Pemfailan Harta Intelek IP 2.0” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia