Permohonan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri : Semak Sini Cara Mohon !

Bagi anda yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri, kerajaan telah menyediakan Skim Pinjaman Perumahan untuk golongan berpendapatan rendah yang bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah pertama.

SYARAT KELAYAKAN

  • Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon:
  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Berumur 21 hingga 71 tahun
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan
  • Bukan kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan
  • Belum ada rumah
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan
  • Miliki tanah sendiri atau milik ahli keluarga

SYARAT PINJAMAN

Berikut adalah syarat untuk membuat pinjaman:

  • Had maksimum pinjaman ialah RM60,000 dan tidak termasuk perlindungan insurans
  • Tempoh bayaran balik pinjaman maksimum ialah 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun
  • Caj perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan kepada peminjam
  • Perlu mengambil insurans yang disediakan oleh panel insurans

SYARAT PINJAMAN DUA GENERASI

Untuk pinjaman dua generasi, berikut adalah syarat:

  • Pilihan pinjaman untuk dua generasi bagi pemohon berumur antara 45 – 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 – 35 tahun
  • Dengan pendapatan minimum RM1,000 dan bukan kakitangan kerajaan
  • Perlindungan insurans hanya untuk generasi kedua
  • Generasi kedua mestilah anak kandung pemohon

KEPERLUAN KESELAMATAN TANAH

Untuk membuat cagaran tanah, syarat-syarat berikut mesti dipenuhi

  • Menggadai tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah
  • Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagarkan tidak kurang daripada jumlah pinjaman
  • Bagi tanah yang dimiliki secara pajakan, perlu mematuhi syarat-syarat berikut:
  • Baki tempoh pajakan tanah yang dicagarkan ialah sekurang-kurangnya 40 tahun
  • Mendapat kebenaran mencagarkan tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri

KEPERLUAN PEMBINAAN RUMAH

Antara syarat membina rumah adalah seperti berikut:

  • Rumah kos rendah dengan keluasan lantai 700 hingga 1000 kaki persegi dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur
  • Gunakan pelan yang telah disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara dan tidak boleh menggunakan pelan rumah sendiri
  • Mendapat kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
  • Menggunakan kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN
  • Mempunyai pendaftaran Syarikat atau Sijil CIDB yang sah
  • Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dengan had kewangan minimum RM5,000
  • Kontraktor mempunyai pengkhususan dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan bidang pembinaan

BAGAIMANA MEMBUAT PERMOHONAN

Anda boleh membuat permohonan dengan menghantar borang permohonan ke alamat yang ditunjukkan di muka hadapan borang.

Borang Permohonan – KLIK DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

  • Sebarang pertanyaan berkaitan bantuan ini, anda boleh menghubungi:
  • Bahagian Pengurusan Perumahan
  • Jabatan Perumahan Negara
  • Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Aras 30, No 51 Persiaran Perdana Presint 4,
  • 62100 Putrajaya

No Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8891 4269

Emel: [email protected]

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3