Biasiswa Anak Yatim ini diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) untuk memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang merupakan anak yatim piatu yang miskin bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.
Tujuan biasiswa ini khas untuk membantu memperbaiki taraf hidup anak yatim piatu yang miskin dalam meringankan masalah kewangan akibat kemiskinan dan tiada tempat bergantung.
Baca juga:
Permohonan dibuka bermula 15 September 2022 (Khamis) hingga 5 Oktober 2022 (Rabu).
Kadar Bantuan:
- Yuran pengajian dan sara hidup sebanyak RM 7,000 setahun.
- Tajaan akan diberikan untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda sahaja.
Syarat Kelayakan:
Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan:
- Pemohon dan keluarga mestilah dilahirkan di Negeri Pahang.
- Pendapatan kasar isi rumah penjaga tergolong dalam kumpulan B40 iaitu berpendapatan RM4,850/bulan dan kebawah.
- Pemohon mestilah seorang anak yatim piatu yang telah kematian ibu dan bapa serta mempunyai ramai adik beradik yang masih bersekolah.
- Pemohon mestilah memiliki kelulusan SPM atau STPM atau STAM Tahun 2021 seperti berikut:
- Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa.
- Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.
Cara Permohonan:
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang portal SISPEN.
Langkah 2: Tekan bahagian ‘Permohonan Biasiswa’.
Langkah 3: Masuk di ruangan ‘Log Masuk Dan Pendaftaran’.
Langkah 4: Tekan bahagian ‘Pendaftaran Pengguna Baru.’
Langkah 5: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 6: Tekan butang ‘Daftar.’
Langkah 7: Tekan skim biasiswa yang ingin dipohon.
Langkah 8: Isi semua maklumat permohonan.
Langkah 9: Hantar permohonan.
Langkah 10: Cetak borang permohonan dan email kepada [email protected].
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Biasiswa Anak Yatim.