Permohonan Baru BKM 2022 Di Buka Hanya Pada Januari Ini


Kerajaan komited membantu rakyat menerusi Cara Memohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan menyediakan peluang permohonan baharu dan kemaskini data pada Januari ini.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan yang menggantikan bantuan-bantuan lain seperti BKC, BPR, GKP dan sebagainya.

BKM akan diagihkan kepada para penerima pada tahun 2022.

Pemohon disarankan untuk membuat semakan BKM 2022 secara dalam talian.

Sekiranya tiada rekod BKM 2022 dan menepati syarat kelayakan, permohonan baharu BKM 2022 boleh dibuat.

Kreteria Pemohon:

1) Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah:

  • Individu.
  • pemohon BPR 2021 (termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan).

2) Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP.
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat.

Permohonan & Kemaskini BKM 2022:

Pemohon yang tidak mempunyai data di dalam LHDN, boleh membuat permohonan baharu di

  1. Layari Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022.
  2. Klik Permohonan Baharu atau Log Masuk (Kemaskini).
  3. Setelah berjaya log masuk, klik Kemaskini Permohonan.
  4. Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua maklumat bertanda *.
  5. Klik Teruskan.
  6. Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha.
  7. Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan.
  8. Klik Butang Hantar bagi meneruskan permohonan.
  9. Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan.

Semak Status Permohonan Diterima:

Setelah selesai membuat kemaskini maklumat, sila semak semula status permohonan anda.

  1. Caranya, sila login seperti biasa dan lihat pada status permohonan.
  2. Pastikan ada dinyatakan Permohonan Diterima.

Tempoh Permohonan Dibuka:

Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 akan dibuka selama sebulan bermula 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.

Anda juga boleh membuat semakan pada laman web berkenaan untuk mengetahui status BKM anda.


Jadual Pembukaan Kaunter:

Perkhidmatan kaunter BKM LHDNM dibuka untuk permohonan dan kemaskini BKM 2022.

Tarikh Pembayaran BKM 2022:

Pembayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali.

Pembayaran pertama akan diagihkan kepada lebih 9.6 juta penerima adalah pada bulan Mac 2022.

Jumlah Bayaran BKM:

Jumlah bayaran adalah seperti berikut:

  • B40 – Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500
    • Tiada anak – RM1,000
    • 1-2 anak– RM1,500
    • 3 anak – RM2,000
  • B40 – Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM4,850
    • Tiada anak – RM400
    • 1-2 anak – RM600
    • 3 anak – RM800
  • M40 – Isi Rumah Berpendapatan RM4,851 – RM5,000 (kelas M1 sahaja)
    • Tiada anak – RM400
    • 1-2 anak – RM600
    • 3 anak – RM800
  • Bujang – Berpendapatan Kurang RM2,500
    • Menerima RM350

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila baca artikel ini Bantuan BKM Sehingga RM2000 Mulai Januari 2022.

Disclaimers – Bahan artikel admin kongsikan dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Permohonan Baru BKM 2022 Di Buka Hanya Pada Januari Ini” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia