Unit Zakat, Amal dan Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Johor berbesar hati membuka permohonan Bantuan Zakat kepada Pelajar UiTM Cawangan Johor yang berkelayakan.
Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Johor merupakan unit yang menguruskan aktiviti berkaitan zakat, sedekah dan bantuan wakaf.
Pada Julai 2020, UZSW diketuai oleh seorang Penyelaras dan diletakkan di bawah Rektor UiTM Cawangan Johor. Sebelum itu, UZSW diuruskan oleh Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Johor. Perubahan ini berdasarkan keputusan Majlis Eksekutif Universiti (MEU) No. 07/2020 pada 4 Mac 2020.
Tempoh Permohonan
Mohon juga : Bantuan 1 Malaysia Sehingga RM900 Yang Akan Dikreditkan Tidak Lama Lagi ~ Mohon Sekarang!
Semak juga : BKM Fasa 4 : Semak Jumlah & Tarikh Bayaran Setiap Kategori | Semak Sini Sekarang !
Baca juga : Gara² Pulangkan Balik ‘Cap’ dan ‘Rice’ yg DibeIi, Caprice Akan Saman Mydin 30 Juta
Mohon cepat : Sewa bulanan RM160 – RM250: Ini senarai projek & cara memohon Rumah PPR yang sedang dibuka
Sukacita ingin dimaklumkan kepada semua mahasiswa dan warga UiTM Cawangan Johor bahawa permohonan bantuan zakat pelajar akan dibuka bermula 16 Oktober 2022 (Ahad) hingga 5 November 2022 (Sabtu).
Syarat Permohonan
Beragama Islam / baru memeluk Islam (Muallaf)
Belajar sepenuh masa IJAZAH SARJANA MUDA, DIPLOMA DAN PRA DIPLOMA
Tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib universiti
Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja setiap semester.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara secara atas talian melalui laman web:
https://e-kpg.uitm.edu.my/ezakat/login.php