Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan khas telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan diberikan oleh Kerajaan kepada mereka yang layak.
Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai bantuan ini:
Bantuan Sara Hidup (BSH)
BSH merupakan bantuan bulanan RM300 yang diperkenalkan oleh Kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).
Bantuan kewangan bulanan ini diberikan kepada Veteran ATM bertujuan meringankan beban kehidupan seharian.
Setiap permohonan yang diluluskan akan sah selama tiga tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan itu akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun bagi memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH masih layak meneruskan pembayaran atau sebaliknya.
Untuk makluman, Veteran ATM boleh mengemukakan permohonan melanjutkan pembayaran BSH sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat tempoh tiga tahun.
Syarat kelayakan
- veteran ATM:
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Tanah Melayu / Malaysia atau Singapura termasuk Renjer di Sarawak
Bekas anggota Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang ditempatkan sepenuh masa
Had umur yang layak mendapat pertimbangan BSH ialah 60 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
- Tidak dibuang kerja di bawah kes tatatertib
- Janda yang berkahwin semula tidak layak
Anak-anak yatim mestilah berumur kurang daripada 18 tahun dan bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika hilang upaya kekal, tiada syarat had umur;
Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan untuk pemberian BSH.
Cara memohon
Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019.
Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon atau warisnya dan segala maklumat yang diberikan mestilah tepat, betul dan benar. Pemohon bertanggungjawab ke atas semua maklumat yang diberikan.
Ia kemudiannya perlu dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
Semakan status permohonan selanjutnya boleh dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi JHEV.
Untuk maklumat lebih lengkap tentang bantuan ini, sila rujuk Portal Rasmi JHEV – DI SINI.
Saye mahu memohon
Bodoh kalau bantuan berkenaan dgn pesara tentera ke…yg dah ade pencen ke…xpayah la nk wat tajuk tu gempak sangat…menyusahkn org yg dari golongan B40 baca je…berape banyak bantuan rakyat yg korang nk tulis kalau semuanye xde kene mengena dengan rakyat golongan B40…korg ni bg harapan la!!! penulis…bile bukak je golongan tentera,ibu tunggal,warga emas… rakyat yg susah ni..mengharaplah bacaan web page ni ade sinar harapan yg cerah…skali bukak…hurmm hancur…tulis la topik lain…xde cite dah ke dlm dunia ni nk bagi faedah pd pembaca. Bukak la topik cara buat duit ke, 1 gandaan 2 ke…udang pistol adelah binatang yg paling merbahaya ke? Seyez la xde topik ke korg sebagai penulis
Dah kerap sangat tajuk merapu..menyusahkan.. Admin bangang