Permohonan Bantuan Projek Pertanian 2023 Dibuka Sehingga 15 September 2022


Berita baik buat warga Pahang, Jabatan Pertanian Negeri Pahang menawarkan Bantuan Projek Pertanian 2023.

Tujuan bantuan ini adalah untuk membantu pengusaha pertanian yang mempunyai tanah di Pahang.


Baca juga:

Tarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan dibuka untuk memohon sehingga 15 September 2022.

Syarat Permohonan:

Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:


  1. Pemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :
  2. Pemohon mestilah seorang Warganegara Malaysia.
  3. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  4. Pemohon mestilah mempunyai tanah geran/syrat hak pemilik/surat kebenaran mengusaha yang dibenarkan serta mempunyai tanah sekurang-kurangnya 0.40 HA (1 ekar).
  5. Pemohon mestilah memberikan komitmen sepenuhnya terhadap projek dan boleh berdikari sendiri serta menunjukkan daya usaha terhadap projek.
  6. Jika pemohon pernah mendapat bantuan projek pertanian sebelum ini, permohonan bantuan boleh dibuat selepas 3 tahun jika terdapat keperluan.

Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah -langkah untuk memohon:

Langkah 1: Muat turun borang permohonan.
Langkah 2: Lengkapkan maklumat pada borang permohonan.
Langkah 3: Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
Langkah 4: Hantar permohonan ke Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.

Dokumen Sokongan:

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan:


  1. 1 Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. 1 Salinan Geran/Surat Kuasa/Resit Bayaran Cukai/Surat Perjanjian pemohon.
  3. 1 Salinan permit pekerja asing (jika berkenaan).

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Bantuan Projek Pertanian 2023 atau hubungi Pejabat Pertanian Daerah terdekat di talian berikut:

Pejabat Pertanian Daerah Kuantan: 09-5366566
Pejabat Pertanian Daerah Pekan: 09-4221394
Pejabat Pertanian Daerah Rompin: 09-4140151
Pejabat Pertanian Daerah Maran: 09-4771528
Pejabat Pertanian Daerah Temerloh: 09-2901200
Pejabat Pertanian Daerah Bera: 09-2557353
Pejabat Pertanian Daerah Jerantut: 09-2662300
Pejabat Pertanian Daerah Bentong: 09-2236040
Pejabat Pertanian Daerah Raub: 09-3551267
Pejabat Pertanian Daerah Lipis: 09-3121231
Pejabat Pertanian Daerah Cameron Highlands: 05-4901661




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3