Majlis Perasmian Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) bagi masyarakat Orang Asli Daerah Bera telah diadakan pada 03 Mac 2022 jam 10.30 pagi bertempat di Kompleks Rakan Muda Daerah Bera.
Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia diiringi oleh YB Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai, YH Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif @ Ahmat, Pegawai Daerah Bera.
Bantuan Lesen Keluarga Malaysia BLKM
Turut hadir pada majlis perasmian ini ialah Yang Berbahagia Dato’ Zailani bin Haji Hashim, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, YH Dato’ Razihan bin Adzharuddin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pembangunan).
Melalui inisiatif BLKM ini, belia diberi latihan dan kesedaran tentang disiplin dalam mematuhi undang-undang di jalan raya.
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program ini.
Apakah itu Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM)?
Program BLKM amat signifikan dalam membantu dan memudahkan golongan sasar termasuk masyarakat Orang Asli mendapatkan lesen memandu yang sah.
Program itu menyasarkan golongan B40 memperoleh Lesen Memandu Motosikal (Kelas B2) yang tidak mempunyai kemampuan ekonomi atau kesukaran untuk mendapatkan kemudahan latihan memandu.
Syarat Kelayakan Bantuan Lesen Keluarga Malaysia
Calon yang terpilih diberi Lesen Motosikal B2 melalui saringan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu:
- Rakyat Malaysia
- tidak pernah mempunyai sebarang lesen memandu
- badan dan minda yang sihat
- tiada kecacatan fizikal
- tidak disenaraihitamkan oleh JPJ dan Polis Diraja Malaysia.
Jika syarat di atas dipenuhi, anda layak mendapat bantuan lesen memandu percuma
Kadar Yuran Bantuan Lesen Keluarga Malaysia
Melalui program ini, calon terbabit hanya perlu membayar RM20 dan akan diberi latihan serta ujian untuk mendapatkan lesen memandu serta didedahkan dengan undang-undang jalan raya.
Setakat ini, pemilihan calon untuk menyertai program bantuan ini terdiri daripada mereka yang tersenarai dalam e-Kasih.
- Cara memohon menyertai program ini belum dimaklumkan oleh JPJ.
- Orang ramai boleh menghubungi JPJ berhampiran atau saluran berikut untuk pertanyaan lanjut:
- JABATAN PENGANGKUTAN JALAN RAYA (JPJ)
Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
- Telefon: 03-8000 8000
- E-mel: [email protected]
- Laman web rasmi JPJ: jpj.gov.my