Permohonan Bantuan Kebajikan Pulau Pinang


Sistem iSEJAHTERA adalah portal yang menguruskan program kebajikan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sistem tersebut melibatkan Program kebajikan kerajaan seperti program Anak Emas, Warga Emas, Ibu Emas dan Ibu Tunggal sahaja.

Baca juga:


Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
  3. Pemohon mestilah telah bercerai atau kematian suami.
  4. Pemohon mestilah berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.
  5. Pemohon mestilah tidak berkahwin semula.
  6. Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada Pejabat Daerah. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini.

Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang iSejahtera.


Langkah 2: Klik pendaftaran.

Langkah 3: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 4: Hantar permohonan.


atau permohonan secara manual juga boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web iSejahtera atau hubungi di talian 04-650 5699 / 04-650 5700 / 04-650 5701.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3