Kerajaan Negeri Pulau Pinang membentuk program iSejahtera bagi memberi penghargaan berbentuk kewangan kepada rakyat Pulau Pinang. Ia merupakan acara tahunan.
Rakyat yang diutamakan adalah dari golongan:
- Warga emas.
- Orang kurang upaya (OKU).
- Ibu tunggal.
- Suri rumah.
- Bayi berumur 2 tahun ke bawah.
Baca juga:
Senarai Kandungan
Permohonan Baru dan Semakan Status:
Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat permohonan baharu dan semakan status:
Langkah 1: Klik Permohonan iSejahtera.
Langkah 2: Masukkan no kad pengenalan anda.
Langkah 3: Tekan semak / mohon.
Login Pemohon:
Login pemohon bagi yang telah mendaftar di atas.
Langkah 1: Klik Login.
Langkah 2: Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
Langkah 3: Tekan login.
Syarat Permohonan:
Berikut merupakan syarat permohonan utama:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah pengundi di Pulau Pinang (Kecuali bagi Program OKU).
Kadar Bayaran iSejahtera:
Bayaran satu kali setahun:
- Program Penghargaan Warga Emas : RM150
- Program Bantuan Ibu Tunggal : RM100
- Program Ibu Emas : RM100
- Program Bantuan OKU : RM150
Bayaran secara one off:
- Program Anak Emas : RM200
- Khairat Kematian : RM1,000
Panduan Sistem iSejahtera:
PANDUAN SISTEM I SEJAHTERA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
Muat Turun Borang:
Berikut merupakan borang untuk bantuan yang berkenaan:
BORANG PENGEMASKINIAN MAKLUMAT EFT I SEJAHTERA
BORANG PERMOHONAN PERLANTIKAN ATAU PERTUKARAN WARIS
BORANG PERMOHONAN SUMBANGAN PENGURUSAN JENAZAH DAN KEMATIAN
Soalan Lazim:
Untuk mengetahui tentang soalan lazim bagi bantuan iSejahtera, sila klik di SINI.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang iSejahtera atau hubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699.