Home » Bantuan » Permohonan Bantuan i-Suri KWSP RM480 Untuk Suri Rumah

Permohonan Bantuan i-Suri KWSP RM480 Untuk Suri Rumah

Permohonan Bantuan i-Suri KWSP Bagi Suri Rumah RM480 Setahun

KWSP memperkenalkan sistem pencaruman I-Suri yang membolehkan suri rumah untuk mendapat insentif sebanyak RM480 setahun.

Dengan RM480 tersebut mampu membantu suri rumah untuk digunakan atau disimpan.

Portal Malaysia ingin berkongsi maklumat cara permohonan bantuan i-Suri KWSP termasuk syarat kelayakan & manfaat:

Baca Juga: Bakul Prihatin Negara 2021 : Cara Mohon & Muat Turun Borang!

Syarat Kelayakan

Syarat Kelayakan mohon i-Suri KWSP adalah seperti dibawah:

1. Mestilah warganegara Malaysia sahaja.

2. Golongan suri rumah yang telahpun berdaftar eKasih

3. Belum lagi mencapai umur 60 tahun.

4. Mencarum serendah RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP anda.

5. Mestilah Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) atau ketua isi rumah.

Cara Permohonan i-Suri KWSP Tahun 2021

1. Bagi golongan suri rumah yang memenuhi syarat kelayakan & ingin mendaftar insentif i-Suri KWSP, pemohon perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa Mykad serta dua borang seperti berikut:

◼️ Pertama Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Untuk endaftaran kali pertama sahaja)

◼️ Kedua Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran dilakukan)

Manfaat Insentif i-Suri KWSP

Manfaat i-Suri KWSP adalah seperti dibawah:

1. Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200 pada tahun 2018, tahun berikutnya ialah sebanyak RM480.

2. Caruman dalam apa sahaja amaun & pada masa yang anda ingin mencarum mengikut kemampuan anda & masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

3. Menerima dividen tahunan KWSP.

4. Bantuan Kematian adalah sebanyak RM2,500.

Info Penting:

** tertakluk kepada terma & syarat yang ditetapkan oleh KWSP

Baca Juga: Ar Rahnu Biznita: Cara Mohon Modal Perniagaan Untuk Usahawan Wanita

Cara & Saluran Bayaran i-Suri KWSP

A. Perbankan Internet

  • Pemindahan wang secara elektronik

B. Kaunter Ejen Bank

  • Tunai/cek

C. Kaunter KWSP

  • Seacra Tunai (maksimum RM500) /cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri berdekatan anda

Maklumat Lanjut

  • Pusat Pengurusan Perhubungan 03 – 8922 6000
  • Layari di Portal Rasmi KWSP www.kwsp.gov.my.
Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia share dihalaman ini hanyalah tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Permohonan Bantuan i-Suri KWSP RM480 Untuk Suri Rumah” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!