Permohonan Bantuan i-Belia Terengganu Dibuka Sehingga Oktober

Berita baik buat rakyat negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Terengganu teleh mengumumkan pemberian bantuan kepada belia di negeri tersebut menerusi Bantuan i-Belia.

i-Belia adalah bantuan khusus untuk belia serta mahasiswa secara one-off.

Pelaksanaan bantuan ini bakal memanfaatkan 135,974 orang belia di negeri Terengganu.

Baca juga:

Tarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan dibuka bermula 18 September 2022 sehingga 6 Oktober 2022.

Kadar Bantuan:


Belia akan menerima bantuan sebanyak RM150 seorang.

Kategori Bantuan:


Berikut antara bantuan mengikut kategori:

  1. Belia Bujang.
  2. Belia Bujang (Perantau).
  3. Mahasiswa.
  4. Mahasiswa (Perantau).

Syarat Kelayakan:


Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan:

  1. Pemohon mestilah berumur antara 18 tahun hingga 39 tahun.
  2. Pemohon mestilah berstatus bujang.
  3. Pemohon mestilah Anak jati Terengganu.
  4. Maklumat pemohon mestilah telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT 20).
  5. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
  6. Bagi pemohon yang bekerja, jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500 sebulan.
  7. Bagi pemohon yang belum bekerja, jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 (jumlah pendapatan ibu bapa/penjaga).
  8. Kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan tidak layak memohon.
  9. Pemohon berstatus mahasiswa tidak layak memohon bagi kategori bujang.
  10. Pemohon adalah seorang mahasiswa yang masih menuntut di Institusi Awam atau Swasta di Malaysia ( Kategori Mahasiswa dan Mahasiswa (Perantau) sahaja).

Cara Permohonan:


Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang portal iBantuan.

Langkah 2: Klik bahagian ‘Daftar.’

Langkah 3: Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’

Langkah 4: Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.

Langkah 5: Klik butang ‘Mohon’ pada ruangan Pencen Rakyat.

Langkah 6: Baca syarat permohonan dan klik butang ‘Berikutnya.’

Langkah 7: Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’

Langkah 8: Jika berjaya, isi borang permohonan dengan lengkap.

Langkah 9: Klik butang ‘Simpan dan Cetak.’

Langkah 10: Lengkapkan lampiran yang diperlukan.

Nota: Untuk memastikan nama berada di dalam sistem PRT20, sila muat turun Borang PRT20, lengkapkan, dan hantar terus kepada JPKK atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN.

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3