Permohonan Bantuan Binaan Rumah Asnaf Fakir Miskin 2022


Skim Inapan Kasih Zakat Pulau Pinang (ZPP) merupakan insiatif pihak Zakat Pulau Pinang membantu menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada Asnaf Fakir / Miskin.

Ianya merupakan titik tolak kepada pemerkasaan agihan zakat yang menjadi agenda utama pemerkasaan asnaf oleh ZPP.


Bantuan binaan rumah golongan asnaf fakir miskin di Pulau Pinang dibuka sepanjang masa. Cara permohonan dibawah.

Baca juga:

Kreteria Rumah:

Berikut merupakan kreteria rumah Skim Inapan Kasih:

  • Konsep: Moden.
  • Keluasan: 800 kaki persegi.
  • Bilik: 3
  • Bilik Air: 2

Tempoh Siap:

Lebih kurang dalam 50 hari bergantung kepada beberapa perkara yang berkaitan.

Syarat Permohonan:

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan:

  1. Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.
  2. Masih belum mempunyai rumah sendiri atau rumah yang sedia ada dalam keadaan yang terlalu daif.
  3. Mengemukakan surat akuan bersumpah bagi mengesahkan yang beliau tidak mempunyai rumah lain.
  4. Pemastautin dan menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di negeri Pulau Pinang.
  5. Ibu / bapa pemohon berasal dari Pulau Pinang.
  6. Pemohon lahir di Pulau Pinang.
  7. Rumah yang diduduki pemohon bukan hak milik sendiri.
  8. Tapak cadangan (tanah) yang berada di Pulau Pinang sahaja.
  9. Pendapatan seisi keluarga kurang dari RM1,200.00 sebulan.
  10. Mempunyai tanah sendiri atau mendapat kebenaran bertulis (surat sumpah) daripada pemilik tanah berkenaan yang diperaku oleh pesuruh jaya sumpah.
  11. Had umur 40 tahun dan ke atas kecuali OKU atau berpenyakit kritikal.
  12. Mempunyai tanggungan sekurang-kurangnya 3 orang ( 4 orang isirumah).

Dokumen Sokongan:

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon:

1 Salinan dokumen hak milik tanah (geran mukim/daftar sementara/borang 14A/surat kelulusan pejabat tanah).

1 Surat kebenaran bersumpah tuan tanah.

1 Salinan kad pengenalan tuan tanah.

1 Salinan penyata terkini KWSP .

Cara Permohonan:

Berikut merupakan cara-cara untuk memohon:

Langkah 1: Dapat sokongan dan perakuan daripada Jawatankuasa Kariah tempat tinggal pemohon.

Langkah 2: Siasatan akan dilakukan ke kediaman semasa pemohondan tapak rumah yang dicadangkan.

Langkah 3: Dokumen permohonan yang memenuhi syarat kelayakan  akan dibuat penelitian dan kelulusan.

Langkah 4: Pembinaan bagi permohonan yang berjaya akan dibuat oleh kontraktor yang dilantik oleh Zakat Pulau Pinang.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Zakat Penang atau hubungi di talian 04-5498088.

Disclaimers – Bahan artikel kami share dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Permohonan Bantuan Binaan Rumah Asnaf Fakir Miskin 2022” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia