Permohonan Bantuan Awal IPT MAIDAM 2022


Yayasan Pendidikan MAIDAM adalah Syarikat Berkaitan Kerajaan dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Ia juga mengambil Aktiviti zakat pendidikan di bawah MAIDAM juga sebahagiannya diambil alih oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM.

Bantuan IPT MAIDAM adalah untuk untuk membantu pelajar-pelajar negeri Terengganu yang mendapat tawaran untuk belajar di IPT Dalam dan Luar Negara . Selain itu, membantu meringankan beban ibu bapa untuk menampung kos pengajian anak-anak.

Baca juga:

Kategori Pemohon:

Berikut merupakan kategori pemohon yang layak memohon bantuan untuk belajar di peringkat:

  • Sijil.
  • Matrikulasi.
  • Asasi.
  • Diploma.
  • Ijazah.
  • Ijazah Sarjana Muda.
  • Sarjana (Master).
  • Doktor Falsafah (PhD).

Tarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan boleh dimohon mulai 12 Januari 2022.

Syarat Permohonan:

Berikut merupakan antara syarat-syarat untuk permohonan:

  1. Golongan asnaf dan miskin.
  2. Rakyat negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu.
  3. Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  4. Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pelajaran.
  5. Tempoh pengajian tidak kurang dari enam (6) bulan dan tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
  6. Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu (1) tahap pengajian.
  7. Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.
  8. Permohonan perlu dihantar dalam tempoh enam (6) bulan.
  9. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.

Cara Permohonan:

Berikut adalah cara permohonan dibuat:

  1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di portal Yayasan Pendidikan Maidam.
  2. Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja.
  3. Butiran perlu diisi dengan lengkap.
  4. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  5. Permohonan perlu dihantar dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh pendaftaran pengajian.

Senarai Semak Dokumen:

Berikut merupakan senarai semak untuk dokumen sokongan yang diperlukan:

  1. Satu surat tawaran rasmi belajar.
  2. Satu salinan kad pengenalan pemohon dan keluarga.
  3. Satu salinan sijil SPM / STPM / Sijil Tamat Persekolahan.
  4. Satu salinan slip gaji / akuan pendapatan / penyata pencen terkini ibu bapa/penjaga (perlu disahkan).
  5. Satu surat pengesahan bermastautin terkini di Terengganu (perlu disahkan).
  6. Satu salinan sijil kematian /  sijil penceraian (jika berkaitan).
  7. Satu salinan tiket penerbangan bagi pelajar luar negara.
  8. Slip permohonan (perlu disahkan).

Nota: Dokumen (perlu disahkan) boleh diambil di laman web dan perlu disahkan oleh Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ JPKK/ Penghulu/ Yang Berhormat (YB) bagi kawasan berkenaan.

Garis Panduan:

GARIS PANDUAN PENGISIAN BORANG BANTUAN IPT

BANTUAN AWAL PENGAJIAN IPT DALAM DAN LUAR NEGARA

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PORTAL IPT ONLINE


Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Yayasan Pendidikan MAIDAM, Kuala Terengganu.

Penafian – Bahan yang portalamalaysia kongsikan dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan rujukan artikel related dengan “Permohonan Bantuan Awal IPT MAIDAM 2022” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia