Permintaan Untuk Kenderaan Perodua Sentiasa Kekal Dengan Kukuh


Pemintaan untuk kenderaan keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) adalah masih kukuh pada bulan Julai meskipun tempahan untuk menikmati insentif cukai jualan dan perkhidmatan (SST) telah berakhir 30 Jun lalu, namun, dengan tempahan sebanyak 24,265 unit pada Julai. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, jualan Januari hingga Julai juga meningkat sebanyak 48.7 peratus kepada 145,689 unit berbanding 97,945 unit pada tempoh sama tahun lalu.


Mempunyai dua faktor utama iaitu menyumbang kepada peningkatan jualan ini iaitu pembeli ingin mendapatkan harga pelepasan cukai dan kesan penutupan hampir kesemua sektor pada bulan Jun dan Ogos 2021 ketika pandemik Covid-19. Beliau juga berkata, bilangan tempahan kenderaan yang baharu, walaupun tidak setinggi prestasi pada bulan Januari hingga Jun tahun ini, adalah lebih baik daripada apa yang dijangkakan telah pun membuktikan bahawa industri automotif masih ada potensi yang cerah.

Sumber: google image

Kenalin, Kucing Lucu Bernama Si Idoy

Disamping itu, model serba baharu Perodua Alza juga menerima tempahan yang tinggi sejak dibuka dengan 39,000 unit dan untuk Julai lalu menerima sebanyak 9,000 unit meskipun pada sasaran awalnya ialah 3,000 unit sebulan. Tempoh menunggu untuk mendapatkan model Alza Serba Baharu dalam tempoh lapan hingga 12 bulan namun Perodua cuba menyelaraskan barisan pemasangan di kilangya di Rawang dengan meningkatkan pengeluaran bagi mengurangkan tempoh menunggu kepada enam bulan.

Walaupun angka jualan Perodua semakin kukuh namun ada beberapa isu yang perlu diselesaikan seperti kekurangan tenaga kerja dan bekalan cip semikonduktor yang belum stabil. Akibat isu ini, jualan bulanan kami merosot 13.3 peratus kepada 18,346 unit pada Julai berbanding 21,164 pada Jun. Perodua juga bekerja rapat dengan kerajaan bagi menangani masalah berkenaan bermula bulan ini untuk memperolehi bekalan cip secukupnya bagi sasaran pengeluaran lebih 247,800 yang diumumkan pada awal tahun ini.

Disclaimers – Semua artikel portalamalaysia kongsikan diatas merupakan tutorial dan rujukan yang berkaitan dengan “Permintaan Untuk Kenderaan Perodua Sentiasa Kekal Dengan Kukuh” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.