Permainan Yang Positif Ditunjukkan Daripada Harimau Malaya Tapi Tetap Juga Kalah

Trust The Process!  Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Selepas aksi memberangsangkan menentang Filipina yang lalu, Malaysia gagal mengekalkan momentum kemenangan selepas ditewaskan Singapura dengan jaringan 2 berbalas 1. Skuad kendalian Kim Pan Gon ini menampilkan corak permainan yang memuaskan tetapi kerapuhan pertahanan serta ketumpulan penyudah ke arah gawang gol menjadi faktor kekalahan.

Permainan Yang Positif Ditunjukkan Daripada Harimau Malaya Tapi Tetap Juga Kalah 10

Malaysia membariskan pemain yang berpengalaman di pentas antarabangsa dengan Syafiq Ahmad mengetuai barisan penyerang di samping Safawi Rashid di sayap kanan dan Akhyar Rashid disayap kiri.Gandingan tengah pula dikemudi Safiq Rahim bersama Kogileswaran Raj, Syamer Kutty Abba dan dibahagian pertahanan pula dibarisi pemain Johor Darul Takzim iaitu Aidil Zafuan(kapten pasukan), Shahrul Saad, La Vere Corbin Ong dan Dion Cools dari kelab Belgian Pro League, Zulte Waregem. Penjaga gawang pula diwakili Farizal Marlias yang menjadi benteng akhir pasukan Malaysia.

Permainan Yang Positif Ditunjukkan Daripada Harimau Malaya Tapi Tetap Juga Kalah 11

Malaysia bermula garang apabila hampir meledak gol seawal minit permainan menerusi Safiq Rahim tetapi rembatan beliau tersasar di sebelah kiri gawang gol lawan.Selang lima minit kemudian, Safawi pula membuat percubaan ke arah penjaga gawang Singapura iaitu Hassan Sunny tetapi rembatan jarak jauhnya tersasar.

Skuad negara tampak yakin dan terus mendominasi perlawanan dengan melakukan banyak serangan bertali arus serta menguasai bola tetapi percubaan yang tidak kemas serta pertahanan Singapura yang ampuh mengagalkan serangan skuad negara.Ketika Malaysia sedang sibuk mengasak serangan,pada minit ke 30 Singapura pantas melalukan serangan balas melalui hantaran silang Song Uiyong kepada Ikhsan Fandi yang mudah menolak masuk ke arah gawang gol Malaysia sehinggalah tamat babak pertama.

[the_ad id=”21122″]

Pada babak kedua,Malaysia melakukan serangan menerusi Safawi Rashid yang berjaya menghasilkan sepakan penalti pada minit 48 apabila beliau dijatuhkan pertahanan lawan didalam kotak penalti.Namun,peluang tersebut disia siakan oleh Safawi apabila tendangannya hanya singgah di palang gol walaupun sudah memperdayakqn Hassan Sunny.

Permainan Yang Positif Ditunjukkan Daripada Harimau Malaya Tapi Tetap Juga Kalah 12

Akhirnya,gol yang dinantikan pasukan Malaysia hadir menerusi pemain gantian, Liridon Krasniqi yang mudah menjaringkan gol melalui hantaran bijak daripada Akhyar Rashid yang melorongkan bola dari tengah untuk menyamakan kedudukan pada minit ke 57. Pemain naturalisasi itu pula dihukum dengan kad kuning apabila meraikan jaringannya dengan membuka baju di hadapan penyokong.

Permainan Yang Positif Ditunjukkan Daripada Harimau Malaya Tapi Tetap Juga Kalah 13

Namun,asakan skuad negara tidak melemahkan semangat lawan yang berjaya menghasilkan jaringan menerusi Ikhsan Fandi dengan aksi lincah beliau yang mengelecek pertahanan Malaysia dan seterusnya menyumbat gol peribadi kedua beliau untuk malam ini dari sudut kanan skuad Harimau Malaya.

Malaysia bagaimanapun tetap meneruskan asakan serta melakukan intensiti serangan yang tajam dengan kemasukan Arif Aiman dan Faisal Halim banyak mencuba melakukan tekanan ke arah pertahanan Singapura yang berkumpul di kawasan sendiri namun tiada sebarang gol berjaya dihasilkan.

Keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan oleh pengadil dengan dua gol dari Ikhsan Fandi memberi episod duka kepada skuad negara yang berhasrat untuk meneruskan rentak kemenangan. Kesimpulannya keputusan malam ini perlu diberi perhatian oleh jurulatih Kim Pan Gon untuk perbaiki kelemahan yang ada pada skuad Harimau Malaya untuk menghadapi perlawanan yang akan datang dalam masa dua bulan lagi.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3