Perkongsian Video Terbaru Daripada Noor Nabila Jawab Persoalan Netizen Tentang Rumahtangganya


Sebelum ini tular tentang keretakkan rumah tangga Noor Nabila dengan suaminya Engku Emran sehingga berita tentang perpisahan mereak muncul ni media sosail Indonesia.

Namun baru – baru ini satu perkongsian video daripada Nabila telah menjawab segala spekulasi tentang rumhatangga mereka yang dikhabarkan masalah dan sudah berpisah.


Melaui perkongsian di TikTok milik Nabila, 38, ianya merakamkan gelagat anaknya iaitu Jebat Jayden sedang solat bersama seorang lelaki sebagai imam namun wajahnya tidak kelihatan kerana lensa kamera diletakkan pada bahagian belakang.

Namun akibat kerana kepandaian Jebat , yang pada awalnya tidak tahu bahawa dirinya dirakam datang kepada kepada kamera dan kemudian mengambil kamera tersebut lalu meletakkannya di bahagian hadapan sekali gus memperlihatkan wajah Emran yang sedang mendirikan solat.

Melihat kepada insiden yang berlaku , para netizen sempat melahirkan rasa syukur dan gembira dengan perkongsian tersebut kerana ia sudah menjawab segala persoalan .


BACA INI : Baby Shima Bergelek Sakan Dengan Pakaian Ketat , Penonton Jadi Malu Tengok Persembahan

Malah ramai netizen yang meninggalkan komen dan kata -kata positif kepada pasangan ini agar hubungan mereka berkekalan dan tidak berpisah seperti yang diperkatakan.

Sebelum ni pelbagai spekulasi tentang perpisahan Nabila dan Emran mula diperkatakan apabila bertindak memadamkan semua gambar bersama Engku di Instagram miliknya tetapi Engku pula tidak melakukan perkara tersebut.


Mungkin terdapat sedikit kesalahfahamn antara meraka yang menyebabkan perkara itu berlaku namun kedua belah pihak tidak pernah bersuara tentang perkara tersebut sehingga menjadi tanda tanya .

Sekadar info , Nabila dan Emran mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu dan msaih belum dikurniakan anak selama perkhawinan mereka.

Nabila sebelum itu pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Mac 2017 namun berpisah tiga tahun kemudian dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jayden.


Manakala Emran pula sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira 2007 dan mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Engku Aleesya.

Kemudian Emran kembali bernikah dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada September 2017 namun hubungan mereka hanya bertahan selama tiga tahun dan berpisah secara baik.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3