Perkongsian TMJ Buat KDA FC


KEDAH Darul Aman (KDA FC) dalam proses akhir bagi membina hub prestasi sukan dan perubatan kelab di Pavilion Stadium Sultan Abdul Halim di Suka Menanti, Alor Setar dengan bajet yang sederhana bermula musim tahun 2023.

Pemilik majoriti saham KDA FC, iaitu Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar menjelaskan  bahawa kelab itu belum lagi mempunyai apa-apa prasarana asas yang diperlukan oleh sebuah pasukan bola sepak terulung dan kini sudah tiba masanya untuk memilikinya yang diimpikan sebuah pasukan.

Menurutnya, hub ini akan mempunyai sebuah pejabat kejurulatihan, pusat kecergasan, fisio serta tempat berehat para pemain selepas menjalani latihan dan sebagainya bagi mendapatkan keselesaan dan kepuasan buat pemain.

Perkongsian dari Tunku Ismail Sultan Ibrahim tentang sejarah awal Johor Darul Ta’zim (JDT) di tahun 2013 terus melekat di kotak minda bila kami memasuki premis pusat latihan JDT.

Tersergam indah tapi asal-usul dan genesisnya amat sederhana sekali sebelum ini. Daripada padang kosong,  sehingga sekarang ia adalah sebuah kompleks sukan yang sudah lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi Pusat kecergasan, fisio, tiga buah padang di mana satu padang adalah berbumbung untuk pasukan JDT.

“Kompleks itu juga akan mempunyai auditorium, cafe dan dua bilik persalinan,” katanya dipetik menerusi Facebooknya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian mengulas kunjungannya bersama Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali yang menghadap Tunku Mahkota Johor dan melawat fasiliti JDT pada Khamis.

Mohd Daud berkata, di dalam pusat kecergasan JDT juga mempunyai pelbagai peralatan, kelengkapan kontemporari dan sebuah pejabat untuk pasukan kejurulatihannya bagi meningkatkan momentum mutu sebuah pasukan.

Jelasnya, Tunku Ismail adalah seorang tokoh yang terbilang yang berjaya membina pasukan JDT sejak 10 tahun lalu bermula daripada bawah dan kini telah menjulang pelbagai kejayaan.Ianya juga boleh dijadikan contoh bagi membakar semangat untuk pasukan lain mengikut langkah yang dibuat oleh TMJ.

“Semenjak saya menjadi pemilik KDA FC, saya telah bertemu dengan beberapa pemilik dan pengurus pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Super dan Liga M. Saya menghormati mereka sebagai tokoh masyarakat yang ingin membangun sukan bola sepak tanah air. Lagipun saya masih lagi baharu dan mentah dalam bidang in,” ujarnya.

Tambah Mohd Daud, KDA FC dalam proses mendapat sewaan jangka panjang bagi padang latihan untuk menjadi hak kegunaan secara ekslusif pada musim ini.

Jelasnya, kelab itu akan terus meninjau potensi pemilikan atau paling kurang penyewaan padang latihan bagi kesemua pasukan Sang Kenari dan beliau secara peribadi telah meninjau beberapa lokasi di Alor Setar bagi memudahkan aktiviti pasukan itu.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3