PERKESO Lancar Skim Keselamatan Sosial Rumah Disember Ini


Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan melancarkan satu skim baru yang diberi nama sebagai Skim Keselamatan Sosial Rumah (SKSSR).

Tujuan skim ini dibuat adalah untuk melindungi golongan suri rumah tidak kira sepenuh masa mahupun separuh masa.


Suri rumah akan dilindungi dengan pelbagai faedah daripada bencana domestik dan keuzuran yang kekal (tidak dapat diubati sehingga menyebabkan tidak mampu mencari nafkah).

Baca juga:

Tarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan untuk skim ini akan mula berkuatkuasa pada 1 Disember 2022.


Kategori Suri Rumah:

Berikut adalah antara kategori seorang suri rumah:

  • Perempuan yang telah berkahwin / belum (yang mengurus hal rumah tangga secara fulltime ataupun separuh masa).
  • Isteri.
  • Janda.
  • Balu.
  • Ibu yang mempunyai satu anak atau lebih.
  • Ibu tunggal.

Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia / permaustautin tetap.
  2. Pemohon mestilah belum mencapai umur 55 tahun.
  3. Pemohon mestilah seorang suri rumah yang membuat aktiviti urusan rumah tangga.
  4. Pemohon mestilah bayar caruman bagi tempoh 12 bulan secara advance.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, PERKESO akan kongsikan dalam masa terdekat.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3