BMW Malaysia telah memperkenalkan BMW M850i xDrive Coupé MY Edition kali ini dengan beberapa yang telah dinaiktaraf pada luaran dan dalaman agar tampil lebih segar di pasaran. Model coupe itu dijana oleh enjin 4,395cc 8-silinder yang menghasilkan kuasa 530hp @ 5,500-6,000rpm dan tork 750Nm @ 1,800-4,600rpm. Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi 8-kelajuan Steptronic Sport.
Sumber: youtube
Jom kita tengok isi-isi penting tentang kenderaan BMW M850i xDrive Coupe:
- Pada bahagian Cermin sisi M dan jata M yang sinonim dengan gril kidney BMW
- Pakej M Performance yang ditawarkan standard
- Pencahayaan “Iconic Glow” pada bahagian gril dengan lampu LED yang memberikan corak pencahayaan ibarat air yang mengalir pada bilah gril
- Rim aloi ringan jejari berganda M bersaiz 20-inci
- Brek M Sport dengan warna hitam berkilat
- Tawaran M Lights Shadowline dan M Shadowline berkilat
- Skrin paparan kawalan resolusi tinggi bersaiz 12.3 inci
- Kerusi M Sport standard pemandu dan penumpang depan
- Kemasan gentian karbon M pada kabin dan pintu dilengkapi dengan kawalan berelektrosadur
- Kawalan pendingin hawa dua zon automatik
- Sistem audio Bower & Wilkins Diamond
- Sistem penggera sebagai ciri keselamatan dalam kenderaan
Sumber : google image
Disamping itu,BMW M850i xDrive Coupé MY Edition yang berharga RM 1,102,800 didatangkan dengan warna badan Frozen Pure Grey Metallic dan BMW Individual Frozen Tanzanite Blue Metallic. Dengan Straight Line Financing Plan yang ditawarkan BMW Group Financial Services Malaysia, BMW M850i xDrive Coupe MY Edition boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan bermula daripada RM 12,797 (anggaran pinjaman 80 peratus bagi tempoh 5-tahun).