Perkara Ni Boleh Jadikan Kulit Wajah Jadi Bermasalah


Kesibukan harian selalunya menjadi penyebab kepada masalah kulit apabila tidak terlalu mempedulikan masalah wajah dek kerana tugas harian yang tidak pernah siap.

Beberpa sebab yang boleh menyebabkan masalah ini jadi lebih teruk walaupun sudah menggunakan pelbagai jenis produk dan juga tidak pernah terlepas melakukan rawatan yang rapi setiap hari.

  1. TANGAN KERAP MENYENTUH KULIT WAJAH

Tabiat ini sering dilakukan  dan ianya dilarang kerana walau sebersih mana pun tangan namun pasti akan ada kuman pada telapak tangan . Kuman tersebut secara tidak langsung akan berpindah pada kulit dan mengakibatkan jerawat tumbuh pada kulit muka. Namun jika perkara ini tidak dappat dielakkan kerana tabiat , pastikan tangan sentiasa dicuci .

  1. BERKONGSI BERUS SOLEKAN

Penggunaan berus solekan yang tidak dicuci dan kotor malah ada yang berkongsi berus solekan dengan orang lain boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan liang pori-pori yang tersumbat.

Ia boleh mengakibatkan kuman daripada alat solek tersebar kepada bahagian muka.

pastikan berus dicuci dengankerapa dan elakkan berkongsi berus dengan orang lain walaupun sedarah daging kerana kulit muka manusia berbeza dan boleh menyebabkan kesan yang buruk.

  1. PENGELUPASAN KULIT BERLEBIHAN

Mencuci muka dengan kerap dan terlalu kasar boleh menyebabkan pengelupasan yang berlebihan dan mengakibatkan penghasilan minyak yang berlebihan serta boleh menyebabkan bakteria merebak. Untuk alternatif lain gunakan glycolic peel tiga kali seminggu sahaja.

  1. PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN

Kajian dari American Academy of Dermatology menyatakan makanan yang mengandungi bahan MSG yang tinggi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat lantas menghasilkan insulin yang banyak. Insulin itu kemudiannya mengaktifkan kelenjar minyak yang menghasilkan hormon androgen, yang akan mengakibatkan pertumbuhan jerawat.

  1. TIDUR TANPA MENCUCI SOLEKAN

Tidur dengan mekap boleh menjadi punca kulit kering. Ia juga menyebabkan kulit terdedah kepada radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di permukaan kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, namun jika kulit tidak dicuci bersih sebelum  tidur , ianya akan sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.

6. Tempat Tidur Dan Sarung Bantal Yang Bersih

Tempat tidur juga memainkan peranan penting kerana ia juga boleh menghasilkan hama dan bakteria jika tidak dibersihkan dan boleh menyebabkan kulit muka serta badan ditumbuhi jerawat. Maka sering menukar sarung bantal dan tilam bagi mengelakkkan kekotoran melekat pada tubuh. Jemur dan vacuum tilam serta bantal untuk mengelakkan hama pada barang tersebut.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3