Perkara ini saya lakukan kerana saya seorang Muslim, suami dan sudah mempunyai anak – Alif Satar


Selebriti serba boleh, Alif Satar baru – baru ini ditanya tentang kontroversi yang melanda indutri lakonan di Malaysai yang kini semakin ghairah menyajikan aksi grairah di dalam drama .


Dia berkongsi bahawa dirinya sudah mempratikkan prinsip agar tidak melakukan adegan mesra atau intim dengan mana-mana pelakon wanita sejak kemunculannya dalam indutri.

Dia juga mengakui dirinya bukanlah mahuberlagak alim tetapi lebih menjaga statusnya sebagai muslim malah sudah berkahwin dan mempunyai anak- anak yang sudah mampu melihat sendiri lakonan ayah mereka di kaca televisyen.

Dengan dunia yang semakin canggih sekarang ini , semakin mudah untuk mengakses pelbagai gosip hangat dan perkara yang tidak sepatutnya dilihat jadi Aliff lebih memilih untuk menjadi imejnya dan personalitinya yang bersih daripada sebarang kontroversi yang menjatuhkan namanya.


“Saya memang mempraktikkan perkara ini dalam kerjaya sebagai seorang pelakon iaitu elak daripada melakonkan babak mesra atau intim. Perkara itu bukan saja-saja saya lakukan tetapi kerana saya seorang Muslim, suami dan ada anak-anak,” katanya.

Alif sememangnya terkenal dengan personaliti yang menwan sehingga sering muncul dalam pelbagai program dan menjadi pilihan ramai kerana kebolehannya mengacara , menyanyi dan juga berlakon. Pakej yang sempurna bagi selebriti.

Tidak mahu mencalarkan imejnya yang sering dipandang tinggi oleh peminat , Aliff mengakui berdepan dengan cabara semasa melakonkan babak mesra namun dia akan tetap menjaga batas atau dengan berlapik jika melibatkan babak bersentuhan denan pelakon wanita.

“Contohnya, ada babak malam pertama dalam drama Risik Pada Hati baru-baru ini, kami tidaklah lakukan aksi tidak senonoh, hanya beri salam. Sekadar simbolik.” jelasnya.

“Penonton drama sekarang ada yang sangat islamik dan mereka sedar batas. Jika mereka kata kurang elok, elakkan daripada melakukannya,” katanya.”

Namun Alif berpendapat setiap pelakon mempunyai cara dan pendirian mereka sendiri namun perlu memikirkan kesan semasa dan masa hadapan apabila bersetuju untuk melakonkan bakak tersebut.

Banyak kesan yang negatif berbanding positif apabila terlalu berani melakukan perkara tersebut kerana ia melibatkan banyak pihak termasuklah penonton yang kini sudah boleh memberikan pendapat mereka di media sosial tanpa batasan.

“Bila cakap begini, orang akan cakap acah-acah alim tetapi ini yang saya praktikkan. Selalunya, saya akan berbincang dengan pelakon lain bagaimana untuk menjayakan babak tersebut.”

BACA INI : Isteri Achey Kongsi Perjalanan Pertama Kali Buat Rawatan IVF

Tidak mahu mengulas lebih lanjut berkenaan isu tersebut , Alif berharap penjelasannya cukup untuk membuatkan pelakon lain berfikir dengan baik sebelum melakukan perkara tersebut kerana masih mempunyai keluarga dan saudara mara untuk dijaga air mukanya .

“Apapun, setiap pelakon mempunyai cara tersendiri dan ikutlah keselesaaan masing masing. Saya pun tak mahu ulas panjang mengenai hal ini,” katanya lagi.

Selebriti sekarang lebih mengejar populariti berbanding kualiti sehingga mahu mengadaikan diri untuk melakonkan babak yang disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak bermaruah.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3