Jom dapatkan Dana Didik Johor! Ini adalah inisiatif Tabungan Pendidikan Awal Anak Bangsa Johor yang diberikan oleh Yayasan Pelajaran Johor.
Melalui dana ini, caruman RM100 akan diberikan bagi setiap kelahiran bayi di Negeri Johor dalam akaun SSPN-i dibuka mulai 1 Januari 2023.
Baca Juga: Cuti Sekolah 2023
Syarat Kelayakan
- Bayi yang lahir di Negeri Johor mulai 1hb Januari 2023;
- Ibu dan Bapa Kandung adalah warganegara Malaysia (Keutamaan ibu dan bapa yang lahir di Negeri Johor);
- Pendapatan ibu DAN bapa di bawah RM7,000 sebulan;
- Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun
Tempoh Permohonan
- Permohonan dibuka sepanjang tahun 2022 bermula 1 Januari 2023.
Baca Juga: SAPS Ibu Bapa 2023 KPM : Login & Semakan
Cara Mohon
Sila isikan BORANG PERMOHONAN secara atas talian dengan mengimbas kod QR dalam poster di bawah atau terus melalui pautan berikut >> https://portal.ypj.gov.my/dana-didik-johor/
Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui cara berikut:
- Emel ke [email protected] ( borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang telah discan dalam bentuk PDF sebelum dihantar melalui emel )
- Atau ; serahan di pejabat Yayasan Pelajaran Johor dan semua cawangan pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor, dan Wad-wad Bersalin di Hospital Utama Johor