Penyakit Bahaya Kepada Kanak-Kanak Selepas Dijangkiti Covid-19, MIS-C Boleh Membawa Maut

Perhatian kepada ibu bapa, jika anak anda yang dijangkiti Covid-19 beransur pulih dan selepas 4 minggu dan seterusnya terdapat gejala demam panas lebih 4 hari berturut, naik ruam badan dan pelbagai lagi. Kemungkinan, ianya adalah MIS-C. Jangan pandang ringan dan teruslah dapatkan rawatan di hospital.

MIS-C adalah singkatan Multisystem Inflammatory Syndrome due to Covid-19 infection.

Ianya berlaku di kalangan kanak-kanak dalam lingkungan umur 5-11 tahun. Kes pertama ditemui di US pada April 2020. Di Malaysia, sejak dari 2020 sampai Februari 2021, ada dalam 170+ kes MIS-C dan melibatkan kematian 7 kematian. Majoriti perlukan rawatan ICU.

Ia jarang berlaku tapi jika terjadi, ianya boleh membawa maut. Sebab itulah perlu berhati hati dan harus pantau keadaan anak-anak selepas mereka sembuh dari Covid19. Sebab keadaan ini berlaku selepas 4-6 minggu setelah terkena Covid19.

Keadaan ini adalah lebih kurang sama seperti toxic shock syndrome dan juga penyakit yang disebut sebagai Kawasaki disease, di mana kedua duanya disebabkan oleh keradangan yang berlaku di seluruh tubuh badan.

Baca juga:

 

Gejala Selepas 4 Minggu Sembuh COVID-19:


Berikut antara gejala-gejala yang muncul jika anak anda terkena MIS-C:

1. Demam panas ( melebihi 39) selama lebih 4 hari berturut turut walau dah bagi ubat demam kerap.

2. Kelihatan lemah.

3. Sakit kepala.

4. Mata menjadi merah atau sakit mata.

5. Naik ruam di badan.

6. Sakit perut, muntah, cirit.

7. Asyik nak tidur atau mengadu keletihan.

8. Bibir menjadi merah dan merekah.

9. Sukar bernafas.

Tindakan Segera:


Jika gelaja tersebut ada pada anak anda, segeralah bawa anak anda berjumpa doktor.

MIS-C boleh dirawat jika anda cepat bertindak.

Jangan lengahkan masa atau cuba-cuba rawat sendiri di rumah.

Kesimpulannya:


Puncanya masih lagi di dalam kajian. Malah penyebab kenapa ada kanak-kanak yang cepat sembuh akibat Covid19 juga masih dalam kajian.

Bagi kanak-kanak amatlah bahaya jika terkena Covid19, ada kemungkinan anak akan terkena MIS-C selepas Covid.

Teruskan pakai pelitup muka dan elakkan tempat sesak terutama anak-anak kecil.

Semoga kita semua dijauhkan dari wabak merbahaya.

Sumber: Facebook Erna Nadia


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3