Home » Gosip Artis Malaysia » Penjelasan Maya Karin Tentang Hubungan Dengan VVIP Berpangkat Datuk

Penjelasan Maya Karin Tentang Hubungan Dengan VVIP Berpangkat Datuk

Maya Karin yang terkenal sebagai heroin Malaysia yang mempunyai kacukan baru-baru ini didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang ahli politik berpangkat Datuk.

Namun pelakon itu tampil dan menjelaskan bahawa dia sememangnya berkawan baik namun tidak mempunyai hubungan istimewa dengan individu tersebut seperti yang didakwa segelintir pihak sebelum ini.

Maya Karin sekarang terlihat cukup aktif bermain golf yang juga menjadi hobi dan mengisi masa terluang sepanjang yang tidak mempunya shooting atau kerja.

“Ya, memang kami rapat. Tetapi bukan seperti yang didakwa. Kami hanya berkawan baik. Saya ada ramai kenalan orang politik. Jadi saya tak faham bagaimana dakwaan seperti ini boleh timbul,” jelasnya.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Apabila ditanya tentang berumah tangga , pelakon jelita ini menjelaskan bahawa tiada tekanan atau desakan tentang perkara tersebut dan ketika ini dia lebih memilih untuk menambah lebih ramai kenalan dan meluaskan jaringan sosial.

“Tentu sekali saya masih mahu berumah tangga. Tetapi sekarang saya hanya menambah lebih ramai kenalan dan meluangkan lebih masa, bertemu kawan baharu meskipun dahulu saya merasakan tiada keperluan.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah masa terbaik untuk saya kenal lebih ramai orang. Tambah jaringan sosial. Jadi, buat masa ini tiada tekanan untuk berkeluarga,” katanya.

Maya baru-baru ini hadir di sidang media untuk filem Telaga Suriram yang mana turut hadir adalah sutradara terkenal Osman Ali serta barisan pelakon hebat seperti Ellie Suriati , Nabila Huda , Farid Kamil dan Scha Alyahya yang menerajui filem tersebut.

Disclaimers – Bahan artikel kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Penjelasan Maya Karin Tentang Hubungan Dengan VVIP Berpangkat Datuk” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!