Peningkatan Mangsa Banjir Di Pusat Penempatan Sementara Seluruh Malaysia.


Keadaan terkini bencana banjir yang masih berterusan sehingga hari keenam sejak ianya melanda di seluruh Malaysia bermula 17 Disember lalu, dikhabarkan semakin baik berikutan peningkatan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak begitu mendadak pada pagi hari ini 22/12/21 berbanding semalam.

Terdapat negeri yang mengalami peningkatan jumlah mangsa di Pusat Penempatan Sementara adalah Pahang, Selangor, Negeri Sembilan manakala Negeri Perak,Melaka kekal serta Kelantan terus mencatatkan penurunan mangsa yang terlibat.

Melalui laporan daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) semalam memaklumkan paras air sungai di beberapa negeri yang terbabit banjir masih berada pada paras amaran dan waspada, kecuali di beberapa kawasan di Pahang yang mengesahkan air semakin naik dan masih di paras bahaya.

Aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir pagi hari ini seramai 42,529 orang di 281 PPS di semua daerah kecuali Rompin dan Cameron Highlands, Pahang.

Beberapa sungai utama juga masih melebihi paras bahaya dengan aliran air yang  menaik seperti di beberapa lokasi di Sungai Pahang termasuk Water Front Bera, Lubuk Pasu (Temerloh), Lubuk Paku (Maran) dan Kuala Sungai Chini (Pekan).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula meramalkan cuaca di sesetengah kawasan di Bera dan Bentong hujan pagi hari ini, manakala di daerah lain cuaca baik sebelum ribut petir dijangka berlaku di sesetengah kawasan pada sebelah petang.

Sementara itu, pemegang konsesi lebuh raya utama di Pahang, ANIH Bhd melaporkan laluan Bentong ke Karak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan laluan Chenor ke Karak di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) belum boleh dilalui bagi kedua-dua arah kerana masih melakukan kerja pembersihan.

SELANGOR pula mencatatkan sedikit peningkatan pada pagi ini iaitu seramai 23,633 orang daripada 6,422 keluarga berbanding 23,375 orang daripada 6,349 keluarga pada malam tadi, membabitkan 128 Pusat Penempatan Sementara.

Selain itu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor memaklumkan 15 jalan raya termasuk lima lorong masih ditutup bagi laluan kenderaan setakat 4 pagi hari ini yang membabitkan sembilan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) negeri berkenaan.

Penutupan jalan itu membabitkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dengan lima jalan; masing-masing dua di IPD Petaling Jaya dan Kuala Selangor; manakala satu jalan ditutup masing-masing di IPD Kuala Langat, Sepang, KLIA, Hulu Selangor, Shah Alam dan Sabak Bernam.

NEGERI SEMBILAN, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Leftenan Kolonel (PA) Mohd Syukri Madnor berkata, mangsa banjir setakat 8 pagi tadi adalah 329 orang daripada 89 keluarga di lima PPS bagi daerah Seremban dan Jelebu, iaitu meningkat seorang mangsa berbanding malam tadi.

Perak , Jurucakap APM dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata, cuaca di lokasi banjir mendung selepas hujan renyai pada awal pagi hari ini dan dikhuatiri keadaan menjadi lebih buruk sekiranya hujan lebat .

Bagaimanapun, paras semasa air di Sungai Bidor, Hilir Perak telah  menurun kepada paras amaran iaitu 3.43 meter berbanding semalam yang telah melepasi paras bahaya iaitu 3.80m.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, banjir di Kampung Talang, Kuala Kangsar malam tadi mulai surut dan bunyi siren yang dikeluarkan pihak bomba sebagai peringatan untuk penduduk berjaga-jaga berikutan kawasan itu masih ditenggelami air.

MELAKA pula melaporkan, jumlah mangsa banjir kekal 165 mangsa daripada 41 keluarga setakat 8 pagi hari ini, kata Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin.

KELANTAN telah menunjukkan jumlah penurunan mangsa banjir setakat 8 pagi hari ini membabitkan 2,500 orang berbanding 2,617 orang semalam, dengan 15 PPS dibuka di dua kawasan iaitu 10 di Pasir Mas dan 5 PPS di Kuala Krai, laporan dari Sekretariat Pengurusan Bencana dan Operasi APM Kelantan Zainuddin Hussin.


Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan hanya dua sungai utama berada pada paras bahaya membabitkan jajahan Pasir Mas iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang merekodkan bacaan 9.53m dan Sungai Kelantan di Rantau Panjang (9.47m).

Penafian – Bahan yang portalamalaysia share diatas sekadar tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Peningkatan Mangsa Banjir Di Pusat Penempatan Sementara Seluruh Malaysia.” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia