Home » Isu Semasa » Peningkatan Kadar Kebolehjangkitan di Melaka Meningkat

Peningkatan Kadar Kebolehjangkitan di Melaka Meningkat

Kadar Kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/RT negeri melaka mencatatkan peningkatan kepada 0.97 pada 12 November lalu sekaligus mengundang kebimbangan rakyat melaka.

Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, DR Rusdi Abd Rahman berkata, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bimbang dengan peningkatan kadar itu memandangkan rakyat (melaka) akan keluar mengundi pada Pilihanraya Negeri hari sabtu (20 November 2021).

Berdasarkan analisis semasa penularan Covid-19 sehingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-45 , sebanyak 67,808 kumulatif Covid-19 dilaporkan dengan 2,742 kes aktif dan 915 kes kumulatif kematian dengan 119 kes kematian melibatkan kematian di luar hospital (BID).

Tambahnya lagi, situasi jangkitan Covid-19 di Melaka masih betul stabil dan masih tinggi.

“Sehingga Sabtu lalu sebanyak 181 kluster kumulatif direkodkan dengan 14 daripadanya masih aktif.

“JKN mengingatkan masyarakat terutama ahli politik, petugas PRN, pengundi dan semua pihak agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Untuk mereka yang bergejala, mereka diasingkan untuk mengundi di khemah khas dan diwajibkan untuk memakai pelitup muka serta sarung tangan pakai buang.

Disclaimers – Bahan yang kami share dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Peningkatan Kadar Kebolehjangkitan di Melaka Meningkat” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes