Seorang peniaga wanita berjaya menjana pendapatan lebih RM3,000 hampir setiap hari dengan menjual 100 kilogram durian musang king di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Bandar Utama.
Nurin Syakira Hisam, 27, berkata, dia membuka gerai durian untuk mencari pendapatan tambahan sejak dua minggu lalu.
Baca juga:
- JPJ Akan Mengadakan Ops Khas Sempena Aidiladha
- Jualan Emas Palsu Meningkat Di Pasaran Sejak Pengeluaran Khas KWSP
Mendapat Permintaan Tinggi:
Menurt Nurin, dia langsung tidak menyangka buah durian musang king yang dijual pada harga RM38 sekilogram itu mendapat permintaan tinggi.
Kebanyakan pelanggannya adalah daripada pengguna jalan raya yang singgah untuk menunaikan solat di masjid itu.
Nurin juga turut bersyukur apabila setiap hari durian musang king berjaya dijual antara 100 sehingga 150 kilogram setiap hari.
Durian tersebut diambil daripada pekebun musang king di Kampung Temangan, dekat sini.
“Saya tidak menyangka permintaan durian musang king begitu tinggi kerana pengeluarannya tahun ini amat terhad,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam di sini semalam.
Berniaga Bersama Suami:
Menurut Nurin Syakira, dia berniaga bersama suaminya, Muhammad Aarif Abdullah Zawawi, 27, seawal jam 9 pagi setiap hari.
Pelanggan yang ingin membuat tempahan terlebih dahulu di laman sosial Facebooknya iaitu Nurin Syakira.
“Kami jamin buah durian musang king ini tidak mengecewakan penggemar kerana ia berkualiti tinggi.
Selain menjual durian musang king, Nurin juga menjual buah nanas jenis MD2.
Sumber: KOSMO!