Pengumuman Hari Raya Aidiladha 2022 / Hari Raya Haji 1443H


Umat Islam di negara ini diminta bertenang dan menunggu pengumuman rasmi daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berhubung tarikh sebenar Hari Raya Aidiladha.

TERKINI : Pengisytiharan Pengumuman Hari Raya Haji 2022 Aidiladha

Tarikh Hari Raya Aidiladha jatuh pada 10 Julai 2022 (Ahad).

Pengumuman Hari Raya Aidiladha 2022 / Hari Raya Haji 1443H 1

Pengumuman Hari Raya Aidiladha 2022 / Hari Raya Haji 1443H 2

Isu tarikh Aidiladha menjadi perbincangan panas umat Islam tempatan akhir-akhir ini selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf di Arafah dijangka jatuh pada 8 Julai depan.

Mengulas lanjut, Luqman menegaskan, beliau tidak mahu terburu-buru dalam isu penetapan tarikh Aidiladha kerana segala-galanya boleh berubah pada petang pencerapan 29 Jun nanti.

“Saya ambil iktibar dengan apa berlaku ketika Hari Raya Aidilfitri awal Mei lalu yang tanpa disangka berlaku perubahan tarikh sehari lebih awal kerana ada lokasi nampak hilal,” katanya.

Beliau merujuk insiden pada petang 1 Mei lepas apabila pasukan pencerapan di Labuan dapat melihat imej anak bulan Syawal yang memenuhi kriteria baharu imkanur rukyah ditetapkan.

Keadaan tidak diduga itu sekali gus menyaksikan umat Islam di Malaysia tidak perlu berpuasa genap 30 hari dengan kali terakhir puasa Ramadan cuma 29 hari direkodkan pada 2018 lalu.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3