Pengumuman Dari LHDN: Semak Butiran BKM Fasa 3 Anda Untuk Persediaan, Semak Segera


Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN baru sahaja memuat naik di laman Facebook mereka mengenai Bantuan Keluarga Malaysia BKM.

Untuk makluman semua, LHDN mengarahkan semua untuk mengemaskini permohonan BKM masing-masing.


Tarikh kemas kini telah dibuka oleh LHDN dari 12 September 2022 hingga 29 September 2022.

Semak juga BKM FASA 3 : Semakan Bayaran BKM Bagi Penerima Tunai (Tiada Akaun Bank)

Sementara itu, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan mula diagihkan pada September ini untuk geran Fasa 3.

Pengurusan pembayaran BKM yang diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menasihatkan pemohon menyemak dan memastikan butiran pembayaran Fasa 3 adalah betul.

Ianya supaya proses penyaluran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sampai kepada anda tanpa sebarang masalah, justeru kami kongsikan cara menyemak butiran peribadi anda di bawah:

Semakan Butiran BKM Fasa 3 Bulan September

Untuk semua rakyat Malaysia, LHDN telah membuka portal BKM untuk mengemaskini butiran pemohon. Berikut adalah pengumuman LHDN berhubung semakan butiran untuk BKM Fasa 3:

  • Portal BKM dibuka kemaskini adalah terhad kepada kemas kini maklumat wakil dan akaun bank sahaja.
  • Telahpun bermula pada 10 Ogos 2022* sehingga 16 Ogos 2022*.
  • Bagi pembukaan semula skrin Kemas Kini Maklumat Asas ia akan dibuka semula pada bulan September 2022.

Tindakan kemas kini maklumat yang dibenarkan adalah seperti berikut :

  • Nombor telefon rumah.
  • Nombor telefon bimbit.
  • Alamat e-Mel.
  • Nama dan Nombor Akaun bank pemohon*.
  • Maklumat Wakil.

Untuk memuat turun borang Kemas Kini Maklumat Permohonan BKM 2022 anda boleh dapatkan dibawah:

Borang Kemaskini BKM 2022

Kemaskini juga boleh dilakukan secara online di laman:

https://bkm.hasil.gov.my



Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3