Penglibatan Bolasepak Inggeris Di Bulan Ramadan


Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dengan Sempurna. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Pada hari sabtu ini tarikh 3 April 2022 (Masihi), Hari Ahad Bersamaan 1 Ramadhan 1443 (Hijrah) bakal bermula bulan Ramadan untuk seluruh umat Islam di seluruh dunia serta kewajipan berpuasa selama sebulan dan mengakhiri puasa dengan sambutan Aidilfitri pada 2 Mei nanti.

Penglibatan Bolasepak Inggeris Di Bulan Ramadan 2

Namun, pemain beragama Islam yang beraksi di liga perdana inggeris juga menunaikan tanggungjawab berpuasa walaupun beraksi secara kompetitif di bulan mulia itu nanti. Ini bermakna, dalam 52 perlawanan liga perdana yang berlangsung nanti di bulan Ramadan ada 9 perlawanan yang akan berlangsung di sebelah petang. Jadi pemain yang beragama Islam akan berbuka ketika perlawanan sedang berlangsung.

Penglibatan Bolasepak Inggeris Di Bulan Ramadan 3

Sebagai contoh, pada musim lepas perlawanan antara Leicester City menentang Crystal Palace di King Power Stadium telah di berhentikan seketika oleh pengadil untuk memberi laluan kepada pemain pertahanan “Foxes” Wesley Fofana dan pemain tengah “The Eagles” Cheikhou Kouyate yang masing masing beragama Islam untuk berbuka.

Pada musim ini, walaupun tiada kenyataan rasmi berkenaan peraturan berbuka puasa dari kelab liga perdana inggeris namun berbuka boleh diminta oleh kapten pasukan kepada pengadil untuk pemain yang berpuasa sebelum perlawanan berlangsung. Pada musim lepas, kapten pasukan memainkan peranan penting untuk berbincang dengan pengadil sebelum perlawanan dimulakan dan pengadil bersedia untuk memberhentikan perlawanan pada masa yang sesuai.

Penglibatan Bolasepak Inggeris Di Bulan Ramadan 4

Masa yang sesuai itu adalah apabila matahari terbenam pengadil akan mengarahkan pemain yang berpuasa untuk pergi ke tepi padang serta mengambil minuman dan makanan yang sesuai untuk berbuka dalam masa yang singkat. Jadi perkara ini tidak akan menganggu rentak permainan serta tidak memberhentikan perlawanan terlalu lama. Pengadil juga telah diberikan pemahaman asas tentang bulan Ramadan apabila telah diberi kursus khas daripada Nujum Sports semalam.

Penglibatan Bolasepak Inggeris Di Bulan Ramadan 5

Nujum Sports juga telah menaja pelbagai keperluan asas kepada pemain beragama Islam di England tidak kira liga rasmi atau tidak sejak awal bulan lalu dengan memberikan pek hadiah yang berisi kurma, air zam zam, sejadah serta pewangi badan. Kolaborasi yang dilakukan badan sukan ini banyak membantu liga perdana inggeris dalam membantu komuniti Muslim untuk menyambut bulan Ramadan ketika perlawanan liga masih berlangsung.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3