Pengeluaran RM10,000 Secara One-Off Boleh Dilakukan – Ini Kata Pakar


Rakyat Malaysia nampaknya masih rancak dengan perdebatan dengan isu kelulusan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP Online) sebanyak RM10,000 secara one-off yang perlu dilakukan dengan segera.

Pendapat Pakar

Menurut pakar Perunding Kewangan, Ieza Yusuf, kurangnya kesedaran dan ilmu dari segi pengurusan kewangan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini merupakan antara faktor utama mengapa sesetengah pihak gagal bangkit dari kemiskinan.

Ieza juga bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Kewangan Malaysia) bahawa ramai ahli KWSP akan bersara pada paras kemiskinan jika pengeluaran KWSP tambahan ini dilaksanakan.

Namun, tidak bermakna pengeluaran KWSP secara one-off ini tidak boleh dilaksanakan.

Ramai yang dah dapat bantuan dalam Group ni.
Jom Join Group Whatsapp Bantuan Kerajaan!
Klik Sini

ieza yusof

KWSP One-Off Boleh Dilaksanakan

“Saya sebagai perancang kewangan berpendapat bahawa, dalam keadaan sekarang di mana terdapatnya wabak penyakit dan bencana banjir ini, rakyat berada dalam fasa gangguan emosi dan kegawatan ekonomi.

Sebab itu, penyelesaiannya yang ada hanya (pengeluaran) KWSP.

“Saya bersetuju untuk ahli KWSP yang ada jumlah wang RM10,000 itu, untuk mengeluarkan wang tersebut disebabkan bagi memperbaiki keadaan em0si itu dahulu. Tetapi dengan syarat bahawa, kita mesti tahu ilmu cara mengurus,” jelasnya.

Perlu Ada Ilmu Pengurusan

Beliau juga berkata, adalah lebih baik sekiranya ahli wang simpanan tersebut diberi pendedahan dengan ilmu pengurusan kewangan yang betul sebelum mereka menerima wang mereka agar wang tersebut dapat diurus dengan baik dan teratur.

Terkini, Tengku Zafrul menerusi hantaran dilaman Facebook miliknya, tampil menjelaskan mengenai isu Pengeluaran Khas i-Citra KWSP dan kesannya terhadap ekonomi negara.


Tandatangan Petisyen

Adakah anda setuju dengan pengeluaran KWSP RM10k One-off patut dilaksanakan segera? Jika setuju ayuh kita bersama-sama tandatangan petisyen di sini.

Penafian – Semua yang kami share diatas sekadar panduan tutorial dan ringkasan yang related dengan “Pengeluaran RM10,000 Secara One-Off Boleh Dilakukan – Ini Kata Pakar” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia