Pengeluaran KWSP Bersyarat – Pengeluaran Sehingga RM50,000!

Susulan pengumuman Kementerian Kewangan baru-baru ini, KWSP telah melancarkan pengeluaran KWSP bersyarat yang baru dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang membolehkan pengeluaran KWSP ahli yang berusia 55 tahun ke bawah.

Melalui perkhidmatan ini, kemudahan yang bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan bantuan kewangan melalui pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Di bawah adalah maklumat lanjut tentang kemudahan ini.

Pengeluaran KWSP Bersyarat - Pengeluaran Sehingga RM50,000! 1

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)


Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) ialah kemudahan yang direka untuk membantu ahli KWSP mendapatkan bantuan kewangan melalui pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Simpanan dalam Akaun 2 akan digunakan sebagai asas untuk pembiayaan ini melalui permhonan Pengeluaran Bersyarat pada umur 50 atau 55 tahun.

fsa2

Syarat Kelayakan


Siapa yang boleh mohon? Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi mereka yang ingin memohon :

  • Ahli KWSP rakyat Malaysia berumut 40-54 tahun (Fasa 1)
  • Simpanan minimum Akaun 2 mestilah RM3,000
  • Maksimum pengeluaran RM50,000
  • Permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja
  • Mengikut syarat dan terma yag ditetapkan bank

Bank Yang Terlibat


Antara bank yang boleh buat pengeluaran KWSP bersyarat :

  • BSN (Bank Simpanan Nasional)
  • MBSB Bank

Baca juga cara untuk semak penyata KWSP melalui IC.

Cara Permohonan Pengeluaran KWSP Bersyarat


Permohonan pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun melalui institusi perbankan boleh dibuat secara online. Ada 3 langkah utama yang ahli perlu lakukan :

  1. Buat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP terlebih dahulu di portal
  2. Sila buat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat yang dipersetujui oleh bank
  3. Buat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Thaun atau 55 Tahun kepada KWSP menerusi portal perbankan, berdasarkan jumlah pembiayaan yang telah diluluskan oleh bank tersebut.

Tarikh permohonan boleh dibuat pada 7 April 2023.

fasiliti-sokongan-pengeluaran-kwsp-2023

Nota Tambahan Sebelum Buat Permohonan :


i) Ahli perlu mendaftar atau mengemaskini nombor telefon bimbit supaya KWSP boleh menghantar TAC untuk mengesahkan identiti semasa membuat transaksi.

ii) Umur 50 atau 55 Permohonan pengeluaran bersyarat dibuat secara dalam talian (online) melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Cara Semak Baki Akaun 2 KWSP


Untuk buat semakan baki di Akaun 2 KWSP, anda boleh buat melalui :

1. i-Akaun (Ahli)/ Aplikasi mudah alih i-Akaun atau

2. Di Self Service Terminal (SST) mana-mana cawangan KWPS berdekatan

Cara semak baki Akaun 1 Akaun 2 KWSP

Cara Kira Amaun Kelayakan


Jumlah kelayakan awal permohonan menerusi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan amaun simpanan yang ada dalam Akaun 2.

Di bawah adalah contoh :

jumlah fsa2

Namun, amaun pengeluaran ini adalah berdasarkan kepada amaun yang diluluskan bagi pembiayaan peribadi serta terma & syarat yang telah ditetapkan oleh pihak bank.

Maklumat Lanjut


Sila layari portal malaysia rasmi FSA2 di pautan berikut untuk info lanjut :

Klik Sini

Atau hubungi 03-89226000


40 thoughts on “Pengeluaran KWSP Bersyarat – Pengeluaran Sehingga RM50,000!”

  1. Bagi yg mempunyai baki akaun 1dan 2 macam saya dibawah rm2k adalah sangat mustahil untuk mendapat kelayakan permohonan ini, kerajaan betul2 tiada simpati pada rakyat yg benar2 memerlukan.

    Reply
    • ya Allah… susah la kita sebagai rakyat… itu kan duit simpanan sendiri … nak buat permohonan d bank… lepas tu bulan2 kena bayar bank .. … duit KWSP Bulan2 untuk yang berkerja sentiasa akan dipotong… untuk di simpan di KWSP… FIKIRR LA… ITU DUIT KWSP UNTUK SIAPA… SEKARANG UMUR 36 NAK TGGU 20 TAHUN BARU BOLEH DAPAT. KLUARKAN… ITUPUN KALAU MASIH HIDUP LAGI… SEKARANG GAJII PUN BAYAR PUN RUMAH, MOTOR , DAN BELANJA HIDUP.. BELUM KIRA UNTUK KEGUNAAN LAIN.. ANAK BINI NAK BAGI APA… TOLONG LA.. BUKA HATI KERAJAAN… BANTU RAKYAT SEBAB TAK TAK MENYUSAHKAN KERAJAAN …ITUKAN DUIT SIMPANN RAKYAT SENDIRI… KENAPA RAKYAT BOLEH DENGAR KATA KERAJAAN GAJI POTONG INI POTONG ITU…. … KERAJAAN PULA MACAM MANA???

      Reply
      • betul tu..kerjaan xfkir langsung rakyat susah..mmg covid dh hbis..tpi kesan dulu sampai la ni xdpat bayar tungakan hutang dulu..dgn barang naik..gji ckit..fkir la klau pm berjiwa rakyat..jgn putar belit cerita,Alasan xmau bgi..berjuta rakyat berharap..klau rakyat xjga,baik jgn jadi pm..dh senang lupakan rakyat..jgn zalimi rakyat,hukum dri Allah sgt besar..

        Reply
      • Betul kita da macam mengemis duit sendiri da…nak bantu rakyat tapi srh buat hutang kat bank… Astagfirullah Al’Azim buka la hati tu tgkla keadaan kita sekarang ni bukan nak tgu kita nak pencen baru nak bagi…

        Reply
      • Ya setuju sesgt hujahan puan yg lengkap dan penuh inti pati nya..trmaksih puan..kedudukan puan sgt sama dgn ksmi di sini..tq²

        Reply
      • DLM KWSP ADA RATUS2 RIBU.
        TP BILA KEADAAN MENDESAK, LANGSUNG TAK MEMBERI MAKNA. BOLEH LIHAT SAJA JUMLAH RM DLM AKAUN.

        # BERSEDIA PRU 6NEGERI
        # TUMBANG PH

        Reply
  2. Masalah juga bila dpt pemimpin x bertimbangrasa..sy ni dh la x boleh bekerja sbb sakit,ank2 masih sekolah.Ada suami pun hanya ingat perut sendiri kenyang je..KWSP ni je pilihan terakhir sy utk belanja hariraya anak2. Bertimbangrasa lah sikit PM dn kerajaan oiiii😡

    Reply
  3. Semua yg memohon pengeluaran KWSP ni rata -rata nya telah guna akaun 2 semasa covid. Ni boleh lak bg syarat jika hendak meminjam kene ada 3000 dlm akaun 2 .pikir2 kan lah MN pergi perihatinnya …….

    Reply
  4. Tolong laa luluskan pengeluaran kwsp kami … dengan keadaan sekarang ni kami sangat terjejas … dengan saye di buang kerja… suami kerja pon x boleh berkerja berat kerane tulang belakangnya patah… nak beli pampers dan susu pon berhutang dengan orang… duit kwsp tu laa harapan kami untuk bantu hari mendatang… motor tertunggak roadtex x berbayar… sewa rumah tertunggak… kami sangat terjejas dan sangat memerlukan duit kwsp kami…

    Reply
  5. Bodoh punya kerajaan,duit sendiri pun tak boleh keluar…betul betul zalim…yang kurang dari rm3k dalam akaun 2 cam mana????fikirlah lah skit…esok hari apa Akan berlaku semua tak pasti…kalau tidur boleh Bangun tu adalah rezeki tuhan…ini pula cerita 20thn lagi….orang nak Pakai duit tu sekarang bukan lepas 20thn..

    Reply
  6. buatlah penambahan syarat utk kami yg baki d acc 2 bawah 3k dan sdh x keja. mohon luluskan kwsp bersasar utk kami atau luluskan permohonan pngeluaran dan tutup akaun kwsp. kami suri rumah yg sdh x keja dan xda pendapatan. hanya kwsp itu sj hrpn kami. nak tunggu 50 tahun utk senang? sdgkan skrg pn dh susah dgn bebanan hutang.
    wahai kerajaan dengarlah kesusahan rakyat.

    Reply
  7. Kerajaan Malaysia yg skrg ni memang zalim , tak prihatin langsung tentang kehidupan rakyat yg kebanyakkannya susah. Duit KWSP tu duit rakyat sendiri kenapa lah nak ambil kira untuk rakyat buat pinjaman lagi. Kan lebih baik setiap org dibenarkan buat Loan terus tanpa mencagarkan duit KWSP penjamin adalah kerajaan sendiri kan lebih baik macam tu.

    Reply
  8. Bodoh MMG mcm sial la kerajaan skg xmk ke rakyat lansung,sblm jd PM mcm2 janji dah jd PM lain macam plak,aku nie dah la sewa rumah tertunggak dekat sthun dah,nk keja berat2 dah xblh sbb ada asma lepas kena covid, lepas tu anak kembar plak yg sorang tu sakit Aje,nk pinjam dgn kwn2 pn dah segan,sbb tu kita org mntk duit KWSP tu tp mcm2 alasan kerajaan baru nie bagi,kau ingat dgn tmbh duit rm500 tu cukup ke, klu xnk bagi senang je,kau tlg selesai kn Semua sewa rumah rakyat yg tertunggak lepas tu kau bg duit rm1500 bulan2 ke rakyat yg xde kerja dgn yg ada masalah kesihatan mcm mana setuju ke,yg kau susah sgt nk bagi duit KWSP kita org tu,mcm sial la

    Reply
  9. Kerajaan sekarang tak berhati perut, kalau sebelum jadi kerajaan mcm2 janji yg d janjikan, bila dh jadi kerajaan rakyat nak ambil duit sendiri pun tak boleh

    Reply
  10. Syarat PD umur 50 dan 55thn keatas..MCM mne pulak yg bwh 50 thn..agaknya kerajaan x fikir tiada had usia yg memerlukan duit, hidup zaman skrg x MCM dulu..semua duit, tandas pun pakai duit

    Reply
  11. APA LA NASIB DAPAT PM XDAK RASA SUSAH SENANG RAKYAT.KAMI NAK AMBIK DUIT KAMI.FAHAM X DUIT KAMI..SEBANG PUMPANG PUMPANG.AWAL CAKAP KESIAN KAT AHLI KWSPBILA PENCEN NANTI XDA DUIT.CONTOH KALAU KAMI BUAT PIMJAMAN Pun ILA KAMI XMAMPU NK BAYAQ BULA 2.RASA2 DUIT KAMI DALAM KWSPTU LUAK X.KALAU KAMI X.MAMPU NK BAYAQ BANK AKAN RAMPAS DUIT KWSP KAMI.NAMA KAMI DISENARAI HITAM DUIT KWSP KAMI PUN HILANG SETENGAH.KALAU BG DUIT KWSP KAMI TAMPA SYARAT YG ZALIM APA YG BERAT SANGAT NK BAGI.BIAQ LUAK DUIT KWSP KAMI .WALAUPUM KWSP TU DUIT TUA KAMI.TAPI BILA DAH TERDESAK SANGAT2 MUDAHKAN LAH KAMI RAKYAT MALAYSIA.KAMI XMINTA DUIT KERAJAAN .KERAJAAN PATUT BERSYUKUR.BOLEH KA BANK IN TIAP2 BULAN RM 2000 UNTUK BAYAR SEMUA HUTANG BULANAN YG PERLU KAMI BAYAR…DUIT KAMI KAMI NAK MUDAHKAN LAH..

    Reply
  12. Itu lah masalah nya..dia ingat bujang tak pakai duit ke,tak sambut hari raya ke..bantuan bujang bagi rm100..bantuan raya bagi kat golongan depa ja..habis rakyat yg lain ni..yg bujang rm100 tu ja lah..dia ingat rm100 tu cukup ulang alik habis isi minyak motor ja lah .

    Reply
    • Ada keluarga dpat rm200 ja, ingt ckup kot bli brang anak bini, brang smua mahal2 lani, ishh otak letak dkat lutut kot bodo sngguh smpai xbleh nk pikir, tu pon jgan nk jadi PM tegetar2

      Reply
  13. Dari awal lagi dah tahu rakyat mesti susah dapat PM xdak hati perut ni, kalau abah jadi PM rakyat xkan susah mcm ni, kami cuma nk duit kami bkn duit kerajaan, biar habis pon xpa dlm simpanan duit kami bkn duit kerajaan oiii

    Reply
  14. Nak keluar duit sendiri pun susah, sekarang Zaman2 kena kerja keras buat 1 keje pon tak cukup walau hidup berdua.nak makan pun Cukup2 je tengah bulan dah takde duit.belum lagi dengan anak pampers susu, bantuan yg dpt pon 200 tu beli 4 barang anak pun da habis licin barang makanan dengan mahalnya, minyak smua barang naik harga. Kita ni rakyat kena hormat pemimpin tapi pemimpin?

    Reply
  15. Korang ni tau nak melalak jer.ada je yg x kena dgn kerajaan.org jenis korang ni sapa jadi kerajaan pun x betul.kalau semua rakyat berpikiran mcm korang ni lingkup la negara.sapa jadi kerajaan pun lingkup.pakai la apa yg ada…makan apa yg mampu.aku ni dan segelintir rakyat dlm Malaysia ni mencarum pun x.ok jer …boleh jer hidup.berusaha la utk hidup.jgn harapkan org lain.bersyukur la lahir n hidup kat Malaysia ni.

    Reply
    • X yah melalak laa sial,,,,ko tak mencarum KWSP duk diam2,,yg dah ad dah nk melalak pom,,bkn mntk duit bapak kamu pom,,mntk duit sendiri,,tu pom tak dapat bezakan,,tak dapat nk faham,,tak sesak masyrakat tak mntk pom,,situ dduk sial

      Reply
  16. Tujuan saya mohon KWSP bersasar ialah menjlnkan amanah saya. Amaun saya mohon hanyalah 10K saja. Jika ada baki dari 10K tersebut, baru saya menapak selangkah lagi utk mulakan biz online. Saya bukannya nak minta bnyk, kerana InsyAllah bulan Oct tahun ni cukuplah umur saya 55 tahun. Semasa umur saya 50 tahun, boleh pula diberikan partial tanpa sebarang permohonan dari akaun #2. Kenapa kami pencarum tidak di beri pilihan samada mahu keluarkan yg partial atau di biarkan terus akaun #2?? Skarang saya terdesak sgt² hendak melunaskan amanah tapi ada sekatan dah pula. Buat masa ni saya hnya mampu bertahan dgn hidup berbajet. Nak sambut raya tahun ni pun, tade rasa hati lansung. Utk menunggu bulan October rasa mcm 10 tahun lagi baru sampai. Kasihan mereka yg bawah umur 50 tahun. Kebanyakan ada komitmen hidup. Anak, isteri, mak ayah yg perlu di sara. Allahuakhbar, beratnya ujian Allah kali ini

    Reply
  17. PM suruh makan pakai kaki.. nak kena buat loan kat bank, cagar kwsp.. baru bole keluar..baik kasi keluar terus je.. bodo… HILANG 6 NEGERI PRN BARU TAU ERTI PENYESALAN..😤

    Reply
  18. Semua orang ada komitmen. Bukan orang tua sahaja. Gaji sebulan 1500 tak cukup dengan harga barang sekarang. Bayar kereta bill bill segala bill PTPTN LAGII.. lagi2 yg muda dah kahwin ada anak bini.. tolong la fikirkan balik.. duit kwsp boleh bayar segala hutang yang tertunggak.. kami nak keluarkan duit kami sahaja. lepas tu kami masih mencarum ke kwsp. Bukan lepas keluarkan tak carum dah.. masih bekerja kot.. nak harapkan gaji sebulan memang tk cukup.. walaupun hidup bujang.. bukan tak bersyukur.. tapi keadaan tak FAHAM SITUASI KAMI.. dan kami pun memang sangat sangat memerlukan..

    Reply
  19. duit sendiri nak amik pun kira hutang ka nak kena bayar balik….bagi ja la banyak mana yg masih ada sisa sisa tanpa berhutang.esok hari tua pandai la kami nak hidup..

    Reply
  20. Tlgla fikir masalah kami skrg knpa fikirkan masa akan dtg…jgnla nak ditangguh2 kan lagi…kami yg bekerja swasta skrg ni pun dah ot da dikurgkn sebab ekonomi company da merosot…tak semua rakyat kat Malaysia ni mendptkn bantuan dr kerajaan Madani ni…ingat blsn Allah tu pasti akan trn 1 ari nnt kepada org yg berlaku zalim kpd kami..tlg ingat kami takkn merayu mcm ni Lau kami tak terdesak..

    Reply
  21. DLM KWSP ADA RATUS2 RIBU.
    TP BILA KEADAAN MENDESAK, LANGSUNG TAK MEMBERI MAKNA. BOLEH LIHAT SAJA JUMLAH RM DLM AKAUN.

    # BERSEDIA PRU 6NEGERI
    # TUMBANG PH

    Reply

Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3