- 1.3Kshares
- Telegram
- Facebook Messenger
Hampir semua pencarum KWSP mendesak Pengeluaran Khas KWSP 2.0 dilaksanakan secepat mungkin. Sehingga kini, kerajaan dan pihak KWSP masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan isu ini.
Malah, dalam pembentangan Belanjawan 2023 ini juga, isu ini masih tidak dibentangkan dalam Dewan Rakyat.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Masih Tidak Dibenarkan
Tidak dinafikan ramai yang merungut kerana desakan ekonomi dan harga barang yang melambung tinggi, membuatkan rakyat semakin terdesak.
Namun, simpanan daripada KWSP yang dicarum sekian lama masih tidak dapat dikeluarkan.
Tetapi tahukah anda bahawa terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan asalkan mengikut syarat yang ditetapkan oleh KWSP.
Malah, anda dibenarkan membuat pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan untuk tujuan membina atau mengubah suai rumah, untuk tujuan peribadi, pendidikan dan lain-lain.
Pengeluaran KWSP Akaun 2 Yang Dibenarkan
Pencarum masih berpeluang membuat pengeluaran KWSP melalui akaun 2 untuk tujuan peribadi yang dibenarkan sejak dahulu lagi.
Berikut adalah jenis-jenis pengeluaran yang dibenarkan untuk pengeluaran bagi akaun simpanan 2 KWSP.
a) Pengeluaran Untuk Pendidikan
Terbuka kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi yang perlu membayar yuran untuk menikmati kemudahan universiti atau kolej. KWSP akan menyediakan kemudahan pilih dan pengeluaran untuk menampung bayaran yuran anak anda.
Syarat Keluaran untuk Pendidikan
b) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
Kemudian, KWSP juga menyediakan kemudahan untuk ahlinya memiliki rumah pertama sendiri sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, rumah lelong dan juga seperti rumah subsale atau beli melalui rumah mesra rakyat yang disediakan oleh kerajaan.
Syarat Keluaran untuk Pembelian Rumah
c) Bayaran Rawatan Perubatan
Jika anda menghadapi masalah kesihatan yang melibatkan 36 penyakit kritikal, anda boleh membuat pengeluaran menggunakan akaun 2 untuk menampung kos perubatan dan peralatan kesihatan.
d) Bayaran Haji
Bagi mengurangkan beban anda juga perlu menunaikan haji, wang dari akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran i-Akaun KWSP untuk perbelanjaan haji dan tujuan pendaftaran haji dengan Tabung Haji Lembaga.
Info Lanjut
Itu adalah jenis-jenis pengeluaran yang dibenarkan. Untuk pengeluaran yang bernilai RM10k atau pengeluaran secara bersasar, semoga kerajaan luluskan kebenaran untuk pengeluaran ini.
Join komuniti FB KWSP 2.0 sebagai tanda anda menyokong pengeluaran KWSP ini.