Pengeluaran KWSP 10K Wajar Dilakukan – Sign Petition Sekarang!


Pengeluaran KWSP 10k. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Ahmad Dasuki mempertahankan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP Online) sebanyak RM10,000 buat kali terakhir selepas dividen agensi itu dianggarkan mencecah sehingga enam peratus.


Pengeluaran KWSP 10k

Beliau berkata ini berikutan segala isu yang digembar-gemburkan sebelum ini yang menyifatkan prestasi KWSP akan terjejas berikutan pengeluaran RM101 bilion bagi tujuan i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra.

“Dengan jumlah aset KWSP yang makin berkembang mencecah RM1 trilion, dan dividen yang dianggarkan mencecah 6 peratus, maka sepatutnya pengeluaran terakhir RM10,000 yang sangat diharapkan rakyat dapat dipenuhi.

pengeluaran kwsp 2022 10k

“Anggaran kira-kira RM25 hingga RM30 bilion hasil daripada pengeluaran terakhir itu tidak akan menjejaskan aset pelaburan KWSP sebanyak RM983 bilion.


“Malah prestasi baik pasaran modal dan kewangan pastinya mampu memberi pulangan kepada dana KWSP yang dikeluarkan dalam jangka pendek,” katanya dalam catatan di Facebook, hari ini.

Baca Juga : Semak Penyata KWSP Melalui IC

Wajar Benarkan Pengeluaran KWSP One-Off

Sebelum ini, media melaporkan, beberapa pakar ekonomi menjangkakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan dividen lebih menarik untuk 2021 iaitu sekitar 5.2 peratus hingga enam peratus.


Ini disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pelaburan kasar dana serta prestasi pasaran modal yang positif.

Asyraf Wajdi menjelaskan, pengeluaran terakhir itu juga penting bagi memenuhi keperluan rakyat dan bertepatan dengan Akta KWSP 1991 di bawah Seksyen 54 (6) (k) (l) (m).

Rakyat Terdesak

“Pengeluaran ini penting bagi memenuhi keperluan mendesak rakyat yang dalam keadaan susah, resah dan terdesak untuk terus bertahan dengan pelbagai komitmen dan hutang bertunggak akibat pandemik.


Sign Petition

Adakah anda setuju dengan pengeluaran KWSP RM10k One-off patut dilaksanakan segera? Jika setuju ayuh kita bersama-sama tandatangan petisyen di sini.

Jom join komuniti Group Facebook BSH untuk luahkan pendapat anda mengenai isu ini.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3