Mengenai Pengeluaran KWSP RM10k, Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion membabitkan 7.34 juta pencarum sejak penularan wabak melanda negara dua. tahun lalu.
Lebih 10 juta rakyat Malaysia
dan dapat BANTUAN KERAJAAN di sini!
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Berdasarkan dapatan kajian dan penyelidikan menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas wabak ini, terdapat dalam kalangan keluarga Malaysia yang masih terjejas dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan mereka.
Pengeluaran KWSP RM10K
Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Oleh itu, hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.
Keputusan Yang Sukar
Ini adalah keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua orang ramai dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa depan.
Walaupun Kerajaan telah memberi kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, saya merayu kepada pencarum untuk mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
Info Tambahan
Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum membuat pengeluaran, demi masa depan.
Sumber : FB PM Ismail Sabri
#KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat