Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Dituntut Lebih 134,000 Pencarum


Pertubuhan Idea Inovasi Rakyat Selangor (PGIR) menuntut kerajaan membenarkan permohonan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 yang disasarkan mengikut kategori kepada mereka yang memerlukan.

Presidennya, Azmi Mohd Tahir berkata, desakan itu dibuat berikutan penerimaan lebih 134,000 borang aduan meminta pengeluaran caruman berikutan kenaikan kos sara hidup.

“Dalam tempoh dua minggu dari 17 Julai hingga 31 Julai 2022, kami membuka borang aduan pencarum di platform media sosial dan mendapati hanya 134,903 aduan diterima daripada pencarum manakala 2.8 juta netizen melihat borang tersebut.

“Dengan itu, kita akan mengutamakan mereka yang membuat aduan ini. Jika cadangan ini diterima, mungkin bermakna ia akan ditambah baik sama ada ia terbuka kepada semua atau disasarkan. Apa pun ia bergantung kepada budi bicara Menteri Kewangan,” katanya. ” katanya.

Azmi berkata demikian pada sidang media selepas selesai mesyuarat dengan Majlis Senator Malaysia (MSM) di Bangunan Parlimen berhubung empat tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 daripada pencarum mengikut kategori dan keperluan di sini hari ini.

Antara empat cadangan tuntutan pengeluaran yang dikemukakan iailah suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan serta bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum, berhenti secara sukarela atau tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Selain itu, pencarum kumpulan B40 dan M40 berumur 54 tahun ke bawah yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM20,000 dibenarkan mengeluarkan 30 peratus daripada akaun tersebut.

Manakala pencarum yang mempunyai baki Akaun 1 kurang daripada RM20,000 dibenarkan mengeluarkan keseluruhan simpanan mereka dan meninggalkan sebanyak RM200 dalam

 

4 TUNTUTAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0


Azmi berkata demikian pada sidang media selepas selesai mesyuarat dengan Majlis Senator Malaysia (MSM) di Bangunan Parlimen berhubung empat tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 daripada pencarum mengikut kategori dan keperluan di sini hari ini.

Antara empat cadangan tuntutan pengeluaran yang dikemukakan ialah suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan serta bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum, berhenti secara sukarela atau tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Selain itu, pencarum kumpulan B40 dan M40 berumur 54 tahun ke bawah yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM20,000 dibenarkan mengeluarkan 30 peratus daripada akaun tersebut.

Manakala pencarum dengan baki Akaun 1 kurang daripada RM20,000 dibenarkan mengeluarkan keseluruhan simpanan dan meninggalkan sebanyak RM200 di dalamnya..

 

Semak juga : Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 2 Dibenarkan, Ini Adalah Syarat Dan Cara Permohonan




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3