Kerajaan melanjutkan pengecualian Lesen Memandu (LM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) persendirian mulai 1 Jun hingga 31 Julai 2021
Kini semua rakyat Malaysia tidak perlu risau utuk memperbaharui lesen dan roadtax anda. Bermula PKP 3.0 baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Malaysia, YBhg. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, telah mengumumkan pelanjutan inisiatif kelonggaran pembaharuan lesen memandu & roadtax susulan Total Lockdown fasa pertama ini.
Menurut kenyataan dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), kerajaan akan memberikan pengecualian kepada semua pemilik kenderaan persendirian bagi tujuan memperbaharui Lesen Memandu Malaysia dan Lesen Kenderaan Motor Persendirian (LKM) berkuatkuasa 1 Jun sehingga 31 Julai 2021.
Portal malaysia ingin berkongsi pengecualian Lesen Memandu (LM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) persendirian mulai 1 Jun hingga 31 Julai 2021
Baca Juga : Moratorium Automatik Bank Pemerkasa Plus 3 Bulan Untuk B40, M40 & Golongan Terjejas
Pengecualian Pembaharuan LMM Dan LKM Persendirian hingga 31 Julai
Pemberian ini diberikan susulan Total Lockdown Fasa 1 yang dilaksanakan bagi menurunkan kes COVID-19 di negara kita ini. Justeru inisiatif ini bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dan tidak dapat keluar bekerja (sektor bukan perkhidmatan perlu) susulan semua digalakkan berada di rumah jika tiada urusan di luar.
Walau bagaimanapun, para pemandu diingatkan agar memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans (pembelian atas talian) yang sah serta menunjukkan salinan sijil perlindungan atau e-cover note insurans mereka kepada anggota penguatkuasa trafik sekiranya diminta.
Baca Juga : PEMERKASA PLUS: GKP Untuk Peniaga Dinaikkan Dari RM1,000 Kepada RM1,500
Ingin diingatkan juga bahawa pemegang lesen memandu dan roadtax kenderaan yang telah atau bakal tamat tempoh mestilah memperbaharui lesen masing-masing dalam masa 60 hari selepas tamat tempoh pengecualian diberikan iaitu 1 Ogos sehingga 30 September 2021.
Pengecualian tesebut turut diberikan kepada pemilik Kenderaan Perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV). Jika sebelum ini tidak termasuk dalam senarai, pada kali ini dimasukkan sekali.
Related Posts
- Harga Barang Bakal Melonjak Sehingga 60 Peratus Mulai Bulan Jun?
- Jom Tuntut Pampasan Penerbangan Yang Ditunda & Dijadual Semula
- Majikan wajar pertimbang potong gaji pekerja yang bekerja dari rumah – MEF
- Ujian Memandu Test Online Bagi Kereta & Motosikal – eTesting JPJ
- Takwim Cuti Sekolah 2022 KPM & Jadual Sesi Persekolahan