Pengecualian Bayar Bil Air Untuk Mangsa Banjir.


Semua isi  rumah yang terlibat bencana banjir di Selangor dan Kuala Lumpur baru-baru ini akan diberi pengecualian daripada membayar bil air pada bulan Januari 2022.

Walaupun Air Selangor sering mengalami banyak gangguan bekalan air selama ini namun kali ini Air Selangor akan membantu membekalkan air yang bersih dan tidak memberi syarat yang ketat atas bantuan bekalan air percuma kepada mangsa banjir yang sudah beberapa ketiadaan air akibat banjir yang melanda.

Yang mana ,premis yang akan menikmati pengecualian ini mesti berada dalam kategori “domestik”, atau Kod Tarif 10, kata Air Selangor dalam satu kenyataan Jumaat (31 Dis).

Dan menjelaskan bahawa pengecualian itu adalah sebahagian daripada pakej bantuan yang diumumkan oleh kerajaan negeri Selangor iaitu Bantuan Selangor Bangkit.

Malah  berkata yang pengecualian itu akan diberikan secara automatik, dan isi rumah tidak perlu mengisi borang atau sebarang bentuk surat menyurat.

Jabatan Air Selangor menambah, pengeluaran bil akan diteruskan seperti biasa buat semua pelanggan, namun pelanggan yang layak mendapat pengecualian tidak perlu membayar untuk tempoh berkenaan.

“Kami memahami kesukaran yang dihadapi oleh pelanggan kami yang terjejas akibat banjir, dan berharap usaha kecil ini dapat membantu mereka,” katanya.

Kepada penduduk yang memerlukan penjelasan lanjut boleh menghubungi Air Selangor di 15300 atau melalui platform media sosialnya di Facebook, Instagram dan Twitter, selain www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.


Semoga pengecualian ini dapat meringankan beban penduduk setempat yang sudah kehilangan dan kerosakan  harta benda.

Disclaimers – Bahan artikel admin kongsikan dihalaman ini hanyalah tutorial dan ringkasan yang related dengan “Pengecualian Bayar Bil Air Untuk Mangsa Banjir.” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia