Penganggur Didakwa Bunuh Ibu Kandung


Seorang lelaki yang dipercayai telah memenggal kepala ibunya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya itu pada pertengahan bulan ini.
Tertuduh iaitu Mohamed Azam Abdul Rasib, 29, yang merupakan seorang penganggur mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Roslizi Sulaiman yang kemudiannya menetapkan 28 Mac untuk sebutan kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat, kimia dan forensik daripada mangsa.
Namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Manakala Mohamed Azam didakwa membunuh Hamidah Ismail, 56, di sebuah rumah di Pasir Penambang, Kuala Selangor antara 8.10 pagi dan 6.08 petang pada 15 Januari  lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kenneth Oon manakala tertuduh diwakili peguam Naim Mahmud.
Sebelum itu, peguam tertuduh iaitu Naim Mahmud memohon mahkamah membenarkan tertuduh menjalani penilaian psikiatri di mana-mana hospital kerajaan namun Majistret
Roslizi berkata permohonan tersebut perlu dibuat di Mahkamah Tinggi apabila kes tersebut dipindahkan ke mahkamah itu.
Terdahulu , media melaporkan polis menahan seorang penganggur yang disyaki memenggal kepala ibunya di sebuah rumah dan polis turut merampas sebilah parang yang disyaki digunakan dalam insiden itu.
Manakala laporan awal ujian air kencing suspek mendapati dia positif dadah jenis metamfetamina serta amfetamina dan mungkin dalam pengaruh dadah semasa kejadian itu berlaku.
Disclaimers – Semua artikel kami share diatas sekadar panduan tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Penganggur Didakwa Bunuh Ibu Kandung” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia