Home » Jawatan Kosong » Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 223/22 – Dibuka Seluruh Malaysia!

Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 223/22 – Dibuka Seluruh Malaysia!

PERMOHONAN MEMASUKI PERKHIDMATAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA SIRI 223/21 KEJURUTERAAN)

Syarat-syarat Permohonan

SYARAT UMUM

  1. Semua calon lelaki berwarganegara Malaysia
  2. Umur – 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 31 Mei 2022
  3. Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik / Universiti Awam / Swasta
  4. Taraf perkahwinan – Bujang
  5. Pemohon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah / dadah juvana

SYARAT KHUSUS

Syarat-syarat khusus adalah seperti berikut:

  • SPM / setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu
  • Pemohon perlu mengemukakan sijil Diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi
  • Diploma yang diiktiraf oleh MQA dalam bidang berikut:
    • Diploma in Electrical Engineering
    • Diploma in Electronics Engineering
    • Diploma in Electrical and Electronic Engineering
    • Diploma in Marine Engineering
    • Diploma in Software Engineering
    • Diploma in Microelectronic Engineering
    • Diploma in Information Engineering
    • Diploma in Telecommunication Engineering
    • Diploma in Mechanical Engineering
    • Diploma in Mechatronic Engineering
    • Diploma in Manufacturing Engineering
    • Diploma in Engineering in Aircraft Maintenance

Gaji / Elaun / Keistimewaan

Gaji permulaan :

  • Latihan Perajurit Muda (6 bulan) RM1,774.00
  • Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus) RM2,341.07

*Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Insentif Khas ATM RM200

Kenaikan Tahunan

Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat

Bayaran Elaun dan Insentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan) – Bayaran Insentif Khas Pasukan Khas Laut, Bayaran Insentif Krew Kapal Selam, Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung, Tuntutan Perjalanan dari rumah ke tempat bertugas dan Tuntutan Cuti Tahunan

Keistimewaan

  • Rawatan perubatan dan pergigian
  • Pakaian seragam
  • Waren perjalanan tahunan
  • Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
  • Caruman Lembaga Tabung Angkatan tentera
  • Pengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc)

Cara Permohonan Pengambilan TLDM 2021

Sila scan QR code atau ke terus ke pautan berikut:

https://www.surveymonkey.com/r/VTGHM2S 

Tatacara Pengisian Borang Permohonan

  1. Sila isi semua soalan yang terdapat di dalam borang ini.
  2. Gunakan huruf besar semasa mengisi borang ini kecuali e-mel.
  3. Sediakan dokumen berikut untuk proses pendaftaran:
    • Kad pengenalan pemohon.
    • Sijil kelahiran pemohon.
    • Sijil kelayakan akademik pemohon (SPM, SVM dan Diploma).
    • Kad pengenalan bapa.
    • Sijil kelahiran bapa.
    • Kad pengenalan ibu.
    • Sijil kelahiran ibu.
    • Sijil kematian bapa (jika berkaitan).
    • Sijil kematian ibu (jika berkaitan).
    • Sijil cerai ibubapa (jika berkaitan).
  4. Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan benar.
  5. Tiada kompromi ke atas penipuan maklumat.
  6. Permohonan yang dibuat akan disemak oleh tldm.
  7. Status permohonan akan dimaklumkan melalui emel dan sms.
  8. Keputusan yang dibuat oleh tldm adalah muktamad.
Disclaimers – Bahan yang kami share dihalaman ini sekadar tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 223/22 – Dibuka Seluruh Malaysia!” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes