Pengakuan Syamsul Yusof Berkenaan Isunya Bertunang Dengan Ira Kazar


Masih belum reda dengan masalah yang diperkatakan , semalam timbul pulak dakwaan yang menyatakan pengarah terkenal, Syamsul Yusof  telah bertunang dengan wanita yang dikenali sebagai Ira Kazar.

Dalam temubual bersama Syamsul , dia hanya ketawa dan menafikan dakwaan tersebut dan tidak mahu bercerita lebih lanjut berkenaan perkara tersebut.


“Hahaha. Ngaruikk (mengarut),” balasnya.

Kenyataan ini menjadi heboh apabila , pelakon Puteri Sarah memuat naik sebuah paparan di IG Story mengenai laporan yang mendakwa suaminya bakal berkahwin dengan Ira Kazar.

Malah dalam perkongsian itu juga seorang pengguna dengan nama, Hannah Montana mendakwa pengarah itu sudah pun bertunang dan nampaknya sengaja menyebarkan perkara itu kepada umum seperti mahu menyakiti hati Puteri.


Syamsul yang hanya tersenyum dan ketawa tentang gosip yang melanda dirinya malah mengakui dirinya lebih menjadi perhatian media berbanding filem terbarunya, Mat Kilau yang sedang ditayangkan di  pawagam seluruh Malaysia.

“Ya, saya tak bertunang atau berkahwin dengan sesiapa.  Tanyalah fasal filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, asyik cerita hal dalam kain saya sahaja,” katanya.

Syamsul yang kini sibuk mempromosikan filem arahan  terbarunya mengatakan dirinya tidak mahu mengeruhkan keadaan dan memikikan  tentang gosip yang mengarut seperti itu dan lebih menumpukan perhatian kepada filemnya itu.


Dia juga tidak mahu memberikan apa- apa komen berkenaaan isu tersebut malah sudah menguruskan semua masalah yang dihadapinya dengan media kelmarin dan semuanya sudah baik-baik sahaja.

Syamsul juga tidak memberikan komen tentang apa yang diposting dan bercakap tentang isterinya Puteri Sarah , mungkin kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sedang rumit dan panas hingga melibatkan keluarganya.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3