Bermula 1 April 2022, status vaksinasi lengkap hanya untuk penerima vaksin yang lengkap penggalak dan status “Tidak Lengkap Vaksinasi” akan dipaparkan di aplikasi MySejahtera sekiranya tidak mengambil dos penggalak.
Baca juga:
- Ini Sebab Kenapa Anda Tak Lulus BKM | Kod 06 Paling Ramai Dapat
- KWSP RM10K One-Off : Tarikh Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mohon
Penerima Sinovac Perlu Terima Dos Penggalak:
Mulai 28 Februari, penerima vaksin Covid-19 jenis Sinovac 18 tahun keatas diwajibkan untuk mengambil dos penggalak bagi melengkapkan status lengkap divaksinasi sebelum 1 April 2022.
Seperti yang kita maklum yang Malaysia akan membuka sempadan negara pada 1 April nanti. Tujuan kerajaan menggalakkan vaksinasi penuh adalah untuk mengawal kadar resiko jangkitan apabila sempadan dibuka nanti.
Kepada yang tidak lengkap vaksinasi tidak akan menerima kemudahan yang diberikan penerima dos lengkap vaksin COVID-19.
Kemudahan Untuk Warga Emas:
Kemudahan Khidmat vaksin dirumah bagi golongan warga emas juga dilancarkan bagi memudahkan proses vaksinasi.
Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Dari Rumah Khas Untuk Warga Emas
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia atau hubungi di talian 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700.