Penerima bantuan ewallet sebanyak RM100 dan RM200 diumumkan pada sesi pembentangan Bajet 2023 yang lalu. Untuk makluman, kerajaan akan melaksanakan bantuan khas e-pemula yang memberi manfaat kepada golongan B40 dan M40 pada tahun ini.
SOKONGAN EWALLET DITERUSKAN
Bantuan khas ini telah diperkenalkan tahun lalu, atas keprihatinan kerajaan dan masih relevan. Inisiatif ini diteruskan pada tahun ini. Apa yang lebih menarik, kadar bantuan telah dinaikkan sebanyak RM200 berbanding RM150 tahun lalu.
Semak juga : Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Untuk Pencarum Yang Terjejas
Mohon juga : TERKINI : Kerajaan TelahPun Umum Bantuan Baru, Tidak Perlu Pengeluaran KWSP~ Semak Sini Sekarang!!
Bukan itu sahaja, kerajaan telah memperluaskan bantuan e-wallet ini dengan menambah kategori M40 yang akan menerima insentif e-dompet sebanyak RM100.
OBJEKTIF BANTUAN
Tujuan utama pelaksanaan program bantuan ini bukan sahaja untuk membantu memudahkan perbelanjaan, tetapi secara tidak langsung untuk memupuk budaya pembelian tanpa tunai. Penerima bantuan ewallet sebanyak RM100 dan RM200 akan memanfaatkan kira-kira 8 juta M40 dan 2 juta belia B40.
KADAR BANTUAN
Berikut adalah kadar bantuan e-pemula yang ditawarkan kepada 2 kategori yang layak seperti di bawah:
- Kategori e-pemula M40: RM100
- Kategori belia e-pemula B40: RM200
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Di bawah telah disediakan syarat-syarat kelayakan untuk bantuan e-wallet 2023 yang telah dibentangkan pada mesyuarat BAJET 2023 seperti berikut:
- Penerima adalah seorang belia berumur 18 hingga 20 tahun
- Untuk berumur lebih 21 tahun untuk pelajar sepenuh masa
- Mendapat pendapatan tahunan di bawah RM100,000 untuk kategori M40.
BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN
Cara untuk mendapatkan bantuan e-wallet adalah sama seperti tahun lepas, di mana penerima boleh menebus bantuan ewallet pada platform pilihan mereka. Seperti Shopee pay, Grab pay, Touch N Go ewallet dan Big pay. Setiap penerima hanya boleh menebus sekali sahaja pada aplikasi perkhidmatan e-tunai yang dipilih.
Dijangka selepas mesyuarat bajet 2023 yang dijadualkan pada pertengahan Februari, maklumat tarikh berhubung bantuan e-dompet ini akan diketahui. Segala maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk maklumat am.
Bantuan 2023 skrg
Sy seorang balu anak 6.sy hanya dapat bantuan bsh sj. Selain dr itu sy x pernah dpat. Blh tak tunjuk cara utk mohon bantuan dr meeahaan