SEMAKAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 ONLINE BAGI SESI 2022/2023 boleh disemak secara atas talian.
Untuk makluman ibu bapa dan penjaga yang telah mendaftar anak-anak untuk Darjah 1 tahun hadapan, jangan lupa buat semakan keputusan penempatan sekolah online melalui portal KPM secara atas talian bermula 1 Ogos 2021 ini.
Senarai Kandungan
Pendaftaran Tahun 1 2022 Online
KPM telah memperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian iaitu sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) bagi memudahkan permohonan ke tahun 1, semakan kehadiran & mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.
Ibu bapa / penjaga hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk membuat akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun sendiri.
Tarikh pendaftaran telahpun dibuka mulai 1 Mac sehingga 30 April 2021 yang lalu.
Portal Malaysia ingin berkongsi Semakan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2022 /2023 Sekolah.
Baca Juga: Bantuan Miskin Tegar : Dapat Bantuan Tunai RM500 – RM1300
Tarikh Semakan
Tarikh semakan sebelum ini diumumkan pada tarikh 1 Ogos 2021.
Namun ia telahpun ditangguhkan kepada tarikh 1 November 2021.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Semakan Keputusan Sekolah Rendah KPM Online
Setelah ada akaun sendiri & boleh log masuk, ibu bapa / penjaga boleh meneruskan proses pendaftaran secara online sahaja.
Berikut merupakan langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara online:
- Boleh layari laman web https://public.moe.gov.my/
- Sila tekan pada butang Log masuk
- Klik pada Semakan Status Permohonan Tahun 1
- Setelah itu, pilih Semakan Penempatan sekolah
- Status permohonan murid akan dipaparkan di skrin.
- Pengguna boleh mencetak surat penempatan sekolah & surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan anda.
Baca Juga: SAPS Ibu Bapa – Cara Semak Keputusan Peperiksaan
Terlupa Kata Laluan?
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan semula kata laluan sekiranya anda terlupa?
- Sila tekan pada Lupa Katalaluan -> Boleh isi semua No MyKad/ID Pengguna & Pengesahan Kod-> Sila klik butang MOHON KATALALUAN.
- Seterusnya mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah digunakkan semasa pendaftaran)
- Sekiranya e-mel yang anda masukkan semasa pendaftaran adalah tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin.
*(Subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)
Maklumat Lanjut
Segala pertanyaan mengenai pilihan sekolah boleh menghubungi no telefon atau emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan Tuan/Puan melalui pautan INI.