Pendapatan bawah RM5,000: Jangan lepaskan peluang memohon Bantuan IKPP RM250 ‘one-off’


Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan dan Negeri.


Salah satunya adalah bantuan melibatkan jumlah RM250 secara ‘one-off’ di bawah Insentif Khas Pasangan Berkahwin (IKPP). Berikut ialah maklumat lanjut tentang bantuan kewangan ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini;
  • Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
  • Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif;
  • Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN);
  • Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
  • Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
  • Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
  • Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.

 

Cara Memohon

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan IKPP hendaklah diisi dengan mengisi borang permohonan IKPP dengan lengkap dan disertakan bersama dokumen berikut:

  • 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang);
  • 1 Salinan catatan akad nikah pemohon;
  • 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.

 

Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dibuat.


Untuk maklumat lengkap mengenai IKPP ini, sila rujuk e-Munakahat Pahang – DI SINI.

Semak juga BKM FASA 3 : [RASMI] Bayaran BKM Fasa 3 Telah Diumumkan ~ Semak Sekarang!




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3